Tarikh Rasmi Bayaran BPR Tambahan RM500 Isi Rumah & RM100 Bujang Berperingkat
Sepertimana yang telah diumumkan, Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang lebih ketat atau total lockdown untuk tempoh dua minggu bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021 dan kini dilanjutkan lagi. Semua sektor sosial dan ekonomi ditutup kecuali sektor-sektor yang dikategorikan sebagai sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu.
Tindakan ini diambil setelah trend peningkatan kes-kes COVID-19 menunjukkan kenaikan yang amat mendadak dengan mencatat kes-kes kematian yang tinggi setiap hari. Namun, pelaksanaan PKP penuh ini sudah pasti akan menjejaskan keadaan hidup rakyat terutama dari segi pendapatan.
Di bawah pakej PEMERKASA PLUS (PEMERKASA+) Kerajaan telah memperkenalkan bantuan kewangan BPR Tambahan kepada semua golongan isi rumah dan bujang yang terjejas.
Isi Kandungan
KADAR BANTUAN BPR TAMBAHAN MENGIKUT KATEGORI
Sehubungan itu, Kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan 2.1 bilion ringgit bagi menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR. Kadar bantuan akan diberikan mengikut kategori seperti berikut:
- Isi rumah berpendapatan di bawah RM2,500
BPR Tambahan: RM500 - Isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000
BPR Tambahan: RM300 - Golongan bujang
BPR Tambahan: RM100
TARIKH RASMI BAYARAN BPR TAMBAHAN
Tarikh bayaran BPR Tambahan ini akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada:
- Tarikh bayaran BPR Tambahan: Secara berperingkat MULAI 30 JUN 2021 (Rabu)
Orang ramai yang masih belum dapat bayaran masing-masing diminta untuk sabar menunggu bayaran masing-masing kerana bayaran dibuat SECARA BERPERINGKAT. Ini bermaksud, tidak semua orang akan dapat bayaran pada 30 Jun. Anda akan terima bayaran dalam masa terdekat mengikut giliran.
Bayaran ini merupakan tambahan kepada fasa bayaran terakhir BPR bulan September kelak sebanyak 2.4 bilion ringgit.
Baca: Kadar Bayaran BPR Fasa Ketiga Mulai September 2021
Untuk BPR Tambahan kali ini, orang ramai tidak perlu membuat sebarang permohonan kerana SEMUA penerima BPR sedia ada akan menerima bayaran masing-masing pada tarikh yang ditetapkan.