Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Daftar SISM40: Bantuan Selangor RM30/bulan Sehingga 2 Tahun Untuk Internet Berkelajuan Tinggi

Oleh Cikgu Shaari • July 1, 2021 • 2 min baca

Daftar SISM40: Bantuan Selangor RM30/bulan Sehingga 2 Tahun Untuk Internet Berkelajuan Tinggi
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berita baik buat rakyat Selangor! Kerajaan Negeri Selangor melalui MBI menawarkan Skim Internet Selangor khusus bagi golongan M40. Inisiatif yang pertama kali dilaksanakan bersama syarikat swasta negara iaitu Telekom Malaysia akan memperuntukkan subsidi internet khusus kepada rakyat negeri Selangor.

Melalui langganan pakej-pakej yang ditawarkan, setiap isi rumah akan berpeluang menikmati subsidi di antara RM10 hingga RM30 sebulan dalam tempoh setahun. SISM40 ini dibuka kepada rakyat Selangor bermula Julai 2021.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran pakej SISM40 dan cara untuk dapatkan inisiatif ini.

KELEBIHAN PAKEJ INTERNET SISM40

Berikut adalah kelebihan pakej internet yang ditawarkan melalui inisiatif SISM40:

  • Nikmati internet berkelajuan tinggi dari 30mps – 300 mbps
  • Nikmati internet berkelajuan tinggi tanpa had dengan unifi Home Fibre atau unifi Mobile
  • Terbuka kepada golongan M40
  • Spesifikasi internet rumah dan telefon mudah alih yang optimum
  • Harga yang lebih murah di pasaran
  • Rebat daripada Kerajaan Negeri Selangor selama 12 bulan

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan yang ditetapkan bagi membuat pendaftaran inisiatif ini adalah:

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Selangor sekurang kurangnya 5 tahun ke atas
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Lingkungan gaji isi rumah di antara RM4,800 sehingga RM11,000
  • Satu isi rumah hanya layak untuk melanggan sekali sahaja
  • Permohonan dibuka kepada individu sahaja dan bukan kepada perniagaan atau penggunaan premis perniagaan
  • Pengguna perkhidmatan unifi Home sedia ada tidak layak memohon melainkan yang masih menggunakan perkhidmatan unifi Lite atau Streamyx

SENARAI PAKEJ DITAWARKAN

Melalui inisiatif ini, terdapat 8 pakej ditawarkan seperti berikut:

Pakej Keluarga

Daftar SISM40: Bantuan Selangor RM30/bulan Sehingga 2 Tahun Untuk Internet Berkelajuan Tinggi

Pakej Bujang

Daftar SISM40: Bantuan Selangor RM30/bulan Sehingga 2 Tahun Untuk Internet Berkelajuan Tinggi

Pakej Asas

Daftar SISM40: Bantuan Selangor RM30/bulan Sehingga 2 Tahun Untuk Internet Berkelajuan Tinggi

LANGKAH PENDAFTARAN

Rakyat Selangor yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat dengan pakej yang ditawarkan boleh buat pendaftaran secara atas talian dengan langkah berikut:

  1. Klik DAFTAR SEKARANG di laman web https://sism40.com.my/
    Daftar SISM40: Bantuan Selangor RM30/bulan Sehingga 2 Tahun Untuk Internet Berkelajuan Tinggi
  2. Pilih salah satu pakej yang ditawarkan dan klik DAFTAR
  3. Isi maklumat pada borang yang dipaparkan sehingga lengkap
  4. Semak kelayakan dan status permohonan dari masa ke semasa
  5. Pemohon yang layak akan dimaklumkan berkenaan pemasangan internet

Untuk maklumat lanjut berkenaan Skim Internet Selangor M40 yang ditawarkan, anda boleh rujuk di laman web sism40.com.my atau hubungi atau emel talian berikut untuk sebarang pertanyaan:

  • Tel: 03 5030 4595/ 4596
  • Emel: admin@sism40.com.my
Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.