Senarai Platform Mohon Kerja Sektor Awam & Swasta Yang Ramai Tak Tahu
Rakyat Malaysia kini dilihat masih aktif meninjau pekerjaan baharu, malah ada yang bersedia untuk menukar kerjaya dan industri yang diceburi bagi menjamin pekerjaan di tengah-tengah persekitaran mencabar susulan impak penularan Covid-19. Kes kini semakin melonjak naik, orang ramai sudah mudah risau perkara lepas berulang kembali.
Apabila negara kita mengumumkan penutupan penuh semua sektor ekonomi, ramai orang yang kehilangan kerja dan dipotong gaji. Akibat daripada pelaksanaan PKP 1.0 lepas, ramai yang menganggur dan masih mencari peluang pekerjaan sehingga kini.
Bagi pencari kerja di luar sana yang masih giat mencari peluang pekerjaan, anda boleh cuba mohon kerja di beberapa platform yang disediakan ini untuk peluang kerjaya yang lebih cerah.
Isi Kandungan
SENARAI PLATFORM MOHON KERJA
Berikut adalah senarai platform memohon kerja yang boleh anda cuba untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang cerah.
Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9)
Pasti ramai yang sudah kenal dengan sistem SPA9 ini untuk memohon kerja dalam perkhidmatan awam. Rugilah jika anda tidak rebut peluang bekerja dalam sektor ini kerana pelbagai kelebihan dan faedah yang ditawarkan. Bagi yang masih belum memohon kerja dalam SPA9, anda boleh daftar sekarang di sini:
Laman Web Kerajaan Negeri
Sekiranya anda berminat nak kerja kerajaan tetapi masih tidak berpeluang untuk mendapat tawaran dari jawatan yang dimohon dalam SPA9, anda boleh juga cuba mohon kerja kerajaan tanpa melalui SPA9. Mudah sahaja, anda boleh mohon jawatan di agensi-agensi kerajaan dengan langkah berikut:
Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP)
Kerjaya.co dan Graduan.co adalah satu platform yang menyediakan kemudahan iklan jawatan kosong terkini yang dikemaskini dari masa ke semasa. Kerja kosong yang diiklankan adalah melibatkan SEMUA agensi dan SELURUH NEGERI. Anda boleh cari tawaran kerja kosong yang TERBARU di kawasan anda melalui platform ini. Boleh cari sekarang di sini: