Panduan Daftar & Tuntut Kredit eBelia RM150 Guna Boost, TnG, ShopeePay dan BigPay
Program eBelia yang merupakan sebuah inisiatif kredit e-tunai bernilai RM300 juta akan dibuka kepada sekitar 2 juta belia warganegara Malaysia yang layak bermula 1 Jun 2021. Ianya bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan berdaftar.
Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan tuntutan kredit eBelia yang berjumlah RM150 boleh mula dituntut mulai 1 Jun 2021 melalui beberapa syarikat penyedia perkhidmatan e-tunai.
Ikut perkongsian di bawah untuk dapatkan panduan daftar dan membuat tuntutan kredit eBelia.
Isi Kandungan
TARIKH TUNTUTAN
Tuntutan kredit e-tunai percuma melalui eBelia boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:
- Tempoh tuntutan: 1 Jun hingga 22 Julai 2021
- Tarikh belanja kredit: Sehingga 31 Julai 2021
PANDUAN DAFTAR & TUNTUT KREDIT E-TUNAI
Berikut adalah panduan mendaftar dan membuat tuntutan kredit e-Tunai melalui 4 penyedia perkhidmatan e-tunai:
Aplikasi Boost
- Muat turun aplikasi Boost di telefon pintar anda
- Bagi yang sudah ada, updgrade kepada Boost Premium sebelum 1 Jun
- Sahkan atau verify akaun Boost anda. Pastikan nombor kad pengenalan yang digunakan adalah kad pengenalan anda
- Klik “Get ready to claim eBelia” dan ikut arahan yang diberikan
- Tuntut ekredit RM150 dan lain-lain ganjaran eksklusif bermula 1 Jun 2021
Touch n Go eWallet
- Muat turun aplikasi TnG eWallet di telefon pintar anda
- Hanya satu ID sah (MyKad/tentera/passport) untuk satu akaun TnG eWallet dan setiap akaun hanya dibenarkan didaftarkan kepada satu nombor mudah alih yang unik
- Isikan maklumat pendaftaran sehingga selesai
- Dah selesai daftar, buka aplikasi tnG eWallet dan klik eBelia Credit
- Tekan butang Let’s Go
- Ambil gambar kad pengenalan depan dan belakang serta swafoto yang jelas mengikut arahan
- Akaun anda akan diverifikasi dalam masa 48 jam
BigPay
- Pergi ke laman https://www.bigpayme.com/ebelia
- Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
- Pergi ke menu Payment dan tekan ikon eBelia
- Klik APPLY NOW dan anda akan diarahkan ke laman web eBelia
- Masukkan semua maklumat anda dengan lengkap untuk proses verifikasi
- Sebaik sahaja akaun anda disahkan, BigPay eWallet akan menghantar notifikasi dan kreditkan e-tunai RM150
ShopeePay
- Muat turun aplikasi Shopee di telefon bimbit anda
- Bagi yang sudah ada akaun Shopee, anda perlu aktifkan ShopeePay anda
- Buka aplikasi Shopee dan pergi ke ikon ShopeePay di homepage Shopee
- Masukkan butiran peribadi seperti nama dan nombor kad pengenalan
- Masukkan nombor PIN (perlu diingat) untuk pengesahan
- Anda boleh membuat pembayaran menggunakan ShopeePay sebaik sahaja ia diaktifkan dan ditambah nilai
- Dah selesai aktifkan, anda boleh tuntut RM150 mulai 1 Jun 2021 dan wang tersebut akan dikreditkan terus ke ShopeePay anda.
Mudah kan semua langkah yang dikongsikan di atas? Untuk makluman anda, langkah kerajaan memberikan bantuan dalam bentuk kredit e-tunai adalah bagi menggalakkan belia dan pelajar menggunakan kaedah eWallet dalam membuat pembayaran. Kaedah ini dapat mengurangkan kontak jika ingin membuat sebarang pembelian.
Jangan lupa tebus mulai 1 Jun 2021!