Tawaran Pelbagai Jawatan KKM Dibuka. Mohon Online Tanpa Melalui Portal SPA9
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang dalam usaha untuk membuat pengambilan petugas kesihatan yang melibatkan pelbagai jawatan secara kontrak terbuka buat warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan berkelayakan.
Calon yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan boleh buat permohonan melalui pautan yang disediakan tanpa melalui portal SPA9.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan jawatan yang ditawarkan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama Majikan: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
- Status: Kontrak (1 tahun)
- Nama Jawatan: Pelbagai jawatan
SENARAI JAWATAN
Berikut adalah senarai jawatan KKM secara kontrak yang ditawarkan:
- Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41
- Jururawat Gred U29
- Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29
- Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29
- Juru X-Ray Diagnostik Gred U29
- Penolong Pegawai Perubatan Gred U29
JENIS KEMUDAHAN
Pemohon yang layak dan dilantik jawatan akan mendapat kemudahan berikut sepanjang berkhidmat:
- Imbuhan tetap khidmat awam
- Imbuhan tetap perumahan
- Bantuan Sara Hidup
CARA MOHON
Sebelum ini setiap permohonan jawatan di bawah agensi Kerajaan termasuk KKM perlu dibuat melalui portal SPA9. Namun kali ini KKM membuka pengambilan secara kontrak dan permohonan boleh dibuat secara online sahaja tanpa melalui postal SPA9.
Permohonan jawatan yang ditawarkan boleh dibuat di pautan berikut:
- Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41
- Jururawat Gred U29
- Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29
- Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29
- Juru X-Ray Diagnostik Gred U29
- Penolong Pegawai Perubatan Gred U29
Calon diminta untuk memberikan maklumat yang lengkap, tepat dan benar dalam borang permohonan. Pelantikan boleh dibatalkan sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat tidak tepat dan tidak benar.
Permohonan yang tidak memenuhi syarat ditetapkan dan tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan. Hanya calon yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan ditemuduga secara atas talian.
Sekiranya calon tidak menerima sebarang maklumat balas dalam tempoh 2 bulan dari tarikh permohonan, maka permohonan calon dianggap tidak berjaya.