Cara Mohon Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 (Guru) Melalui SPA9
Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan yang ditetapkan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup jawatan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 yang ditawarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan amat menggalakkan calon yang berkelayakan dan berminat menjadi guru untuk mohon jawatan yang ditawarkan. Permohonan boleh dibuat sehingga 17 Mei 2021 melalui sistem SPA9.
Jika berminat, ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan panduan lengkap memohon melalui sistem SPA9.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama Majikan: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
- Jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29
- Kekosongan: 173 Kekosongan & 178 Simpanan
- Ambilan: Mei 2021
- Tarikh tutup permohonan: 17 Mei 2021
SYARAT KELAYAKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Diploma dalam bidang perguruan daripada institusi Perguruan tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,698.00); atau - Diploma dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,844.44). - Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
MATAPELAJARAN
Kekosongan yang ditawarkan adalah bagi matapelajaran berikut:
- Bahasa Arab
- Pendidikan Islam
- Bahasa Melayu
- Matematik
- Sains
CARA MOHON
Orang ramai yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk mohon jawatan ditawarkan boleh buat permohonan sekarang dengan langkah berikut:
Langkah 1
Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my. Sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9, baca:
- Dah Ada Akaun SPA8i, Ini Cara Daftar SPA9 & Dapatkan ID Baru Untuk Log Masuk
- Cara Daftar Akaun Baru SPA9 Bagi Yang Belum Pernah Daftar SPA8i Atau Akaun Tamat Tempoh
Langkah 2
Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon
Langkah 3
Pergi ke bahagian Diploma/Setaraf. Pilih jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.
*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja.
Langkah 4
Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya
Langkah 5
Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.
Langkah 6
Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.
Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA akan dipaparkan yang mengandungi maklumat anda beserta senarai jawatan yang dimohon. Sila simpan dan cetak Slip Pendaftaran untuk kegunaan pada masa akan datang (terutama bagi bekas pelajar tajaan biasiswa).
Untuk elakkan anda melakukan kesilapan semasa permohonan jawatan di SPA, baca 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA. Maklumat lanjut berkenaan jawatan boleh didapatkan laman web www.spa.gov.my.
Selamat memohon!