Cuti Raya: Surat Kebenaran Dikeluarkan IPT, Tidak Perlu Ke Balai Polis
Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diadakan pada 28 April 2021 telah bersetuju untuk membenarkan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) pulang ke rumah masing-masing sempena cuti Hari Raya Aidilfitri kecuali negeri Sarawak.
Para pelajar turut diberi pilihan sama ada pulang ke kediaman masing-masing atau kekal berada di kampus sempena cuti perayaan tersebut. Kebenaran ini adalah selaras dengan kelonggaran yang diberikan oleh MKN sebelum ini kepada sektor pendidikan.
Dimaklumkan bahawa pelajar atau ibu bapa tidak perlu membuat permohonan untuk rentas negeri di balai polis, sebaliknya pihak IPT akan keluarkan surat kebenaran. Baca info selanjutnya di bawah.
Isi Kandungan
PROSES KEPULANGAN PELAJAR
Berikut adalah proses membawa pulang pelajar IPT ke rumah untuk sambutan hari raya:
- Pihak IPT akan keluarkan surat kebenaran pergerakan pulang pelajar semasa Aidilfitri
- Tidak perlu ke balai polis untuk minta kebenaran
- Bilangan ibu bapa/ penjaga mengambil dan menghantar tidak melebihi 2 orang (tidak termasuk pelajar)
PERGERAKAN PELAJAR
Pergerakan pelajar pulang adalah melibatkan:
- Secara berfasa dari 7 hingga 12 Mei 2021
- Tarikh kembali kampus bermula 15 hingga 20 Mei 2021
- Hanya pelajar dari kawasan PKP, PKPB dan PKPP dibenarkan pulang
- Pelajar Ltaihan Industri juga dibenarkan pulang mengikut SOP
- Pelajar dari kawasan PKPD tidak dibenarkan pulang
Baca: Carta Alir Pergerakan Pelajar IPT Pulang Sempena Perayaan Aidilfitri Yang Perlu Dipatuhi
SELEPAS KEMBALI KAMPUS
Perlu diingat, selepas kembali ke kampus:
- Pelajar dari kawasan PKP menjalani proses pengasingan di kampus/kediaman
- Pelajar dari Sabah perlu menjalani swab test 3 hari sebelum penerbangan
Baca: SOP Pergerakan Pelajar IPT Pulang untuk Sambutan Hari Raya
Para pelajar yang mempunyai pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh terus menghubungi pegawai penyelaras di IPT masing-masing atau Bilik Gerakan KPT di talian 03 8870 6777/6949/6623/6628.
NOMBOR BILIK GERAKAN UNIVERSITI AWAM (24JAM)
Berikut adalah senarai nombor bilik gerakan universiti awam (24 jam) yang boleh dihubungi berkaitan pergerakan pelajar sempena cuti aidilfitri: