[Lengkap] Senarai Tugas Penolong Pegawai Tadbir N29
Tahniah bagi calon yang telah melepasi tahap pertama, iaitu LULUS peperiksaan online untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29. Setelah lulus peperiksaan, langkah seterusnya adalah tunggu panggilan untuk temuduga Penolong Pegawai Tadbir yang akan dihantar menerusi SMS atau email.
Belum dapat penempatan atau tarikh temuduga? Itu bukan alasan untuk anda tidak buat persiapan awal! Bila dah LULUS peperiksaan, anda dah boleh buat persediaan untuk temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29. Salah satu persediaan paling PENTING yang perlu calon buat adalah ketahui dulu senarai tugas Penolong Pegawai Tadbir N29.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui lebih lanjut berkenaan senarai tugas Penolong Pegawai Tadbir N29 yang boleh dijadikan rujukan calon.
Isi Kandungan
KENAPA PERLU KETAHUI SENARAI TUGAS PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29?
Jadi, kenapa perlu ambil tahu senarai tugas Penolong Pegawai Tadbir N29? Ketahui senarai tugas Penolong Pegawai Tadbir N29 adalah penting untuk:
- Mempersiapkan diri calon untuk kenal secara mendalam mengenai jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29
- Calon mungkin akan ditanya berkenaan tugas Penolong Pegawai Tadbir N29 semasa temuduga nanti
- Bila calon tahu senarai tugas Penolong Pegawai Tadbir N29, calon mungkin akan lebih berminat dan tertarik sekaligus akan menjadikan calon bersemangat untuk temuduga nanti
- Senarai tugas Penolong pegawai Tadbir N29 adalah salah satu perkara yang wajib setiap calon temuduga perlu tahu
SENARAI TUGAS PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
Deskripsi tugas Penolong Pegawai Tadbir seperti yang dinyatakan di laman SPA adalah:
Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.
Skop Fungsi Dan Bidang Tugas Penolong Pegawai Tadbir N29
Mungkin deskripsi tugas Penolong Pegawai Tadbir N29 yang dinyatakan di atas tidak cukup untuk rujukan calon. Untuk makluman anda, tugas Penolong Pegawai Tadbir N29 ini merangkumi 4 aspek utama iaitu POLC (Planning, Organizing, Controlling and Leading):
- Planning – Penetapan sasaran/ capai sasaran
- Organizing – Bantu kumpulan dan menyediakan lain-lain keperluan supaya sasaran tercapai
- Leading – Beri motivasi, komunikasi dengan pelbagai jabatan, bimbing pekerja lain
- Controlling – Sentiasa lihat kepada hasil keputusan dan ambil langkah-langkah yang perlu ditambahbaik di
ASPEK TUGAS PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
Selain senarai tugas Penolong Pegawai Tadbir N29 yang disenaraikan di atas, calon juga perlu tahu ASPEK TUGAS Penolong Pegawai Tadbir N29, iaitu meliputi:
Pengurusan
- Penyeliaan dan kepimpinan dalam jabatan/organisasi. Maknanya anda terlibat membantu dalam tugasan mengurus/selia/memimpin jabatan/ anda berkhidmat termasuk kakitangannya
- Menyelesai masalah dan membuat keputusan dari isu-isu yang timbul berkaitan pentadbiran/penyeliaan jabatan anda
- Mengurus perjalanan tugas/ projek/ perjalanan satu-satu jabatan termasuk pengurusan kakitangan
Pentadbiran Pejabat
- Sistem Fail dan Rekod – mengurus dengan efektif sistem failing/rekod unit/ jabatan termasuk membuka fail baru, penutupan fail/ rekod, pembukaan semula, pelupusan, arkib.
- Surat menyurat – menguruskan penyediaan surat, penghantaran surat keluar dan masuk
- Pengurusan mesyuarat – penganjuran mesyuarat, penyediaan minit mesyuarat
- Perhubungan – berkomunikasi dengan pelanggan kerajaan, termasuk rakyat
- Arahan Keselamatan – memastikan panduan keselamatan disediakan di setiap unit/ jabatan
- Etika dan Protokol – menguruskan/ menerangkan etika/ protokol kerja kepada kakitangan
Hal hal Kewangan
- Nelanjawan dan perakaunan – menguruskan perbelanjaan unit / jabatan untuk kursus, majlis, mesyuarat dan menyediakan akaun untuk kesemua perbelanjaan
- Prosedur pembelian, stok, penjualan dan sewaan – menyediakan prosedur dalam urusan pembelian, stok, jual dan sewaan termasuk penyediaan invois
- Pembayaran dan penerimaan – menguruskan urusan pembayaran dan penerimaan kos untuk pembelian, jualan, sewaan dan stok
- Tuntutan – menguruskan tuntutan termasuk tuntutan dari pelanggan kerajaan, kakitangan berkaitan OT, Claim, gaji dan lain-lain
Hal Teknologi Maklumat
- Penggunaan/ kemahiran komputer – Microfsoft office – word- power point, excel dan lain-lain
- Penggunaan internet
- Penggunaan aplikasi dan sistem berkaitan
PEMBAHAGIAN SOALAN TEMUDUGA SPA
Soalan yang akan ditanya semasa temuduga biasanya akan dipecahkan mengikut beberapa bahagian seperti berikut:
- Latar belakang dan kelayakan calon
- Jawatan yang dipohon (utama: senarai tugas Penolong Pegawai Tadbir N29)
- Dasar kerajaan
- Isu semasa
Dah jelas dengan senarai tugas Penolong Pegawai Tadbir N29 yang dikongsikan di atas? Jika sudah pastikan anda bersedia dengan pengetahuan lain juga berkaitan jawatan Penolong pegawai Tadbir N29. Ingat, jangan hadir ke pusat temuduga tanpa ilmu berkenaan tugas Penolong Pegawai Tadbir N29. Calon yang langsung tidak tahu senarai tugas Penolong Pegawai Tadbir N29 akan dianggap sebagai calon yang tidak bersedia!
Semoga bermanfaat.