Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Permohonan Program ACCA FIA/ ACCA UiTM Ambilan 1 2021/2022

Oleh Cikgu Shaari • April 16, 2021 • 2 min baca

Permohonan Program ACCA FIA/ ACCA UiTM Ambilan 1 2021/2022
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Lepasan SPM, Asasi, Matrikulasi, diploma, Ijazah atau setaraf yang berminat untuk teruskan pengajian di peringkat profesional perakaunan ACCA FIA atau ACCA boleh mohon kemasukan ke Program ACCA FIA/ ACCA Fakulti Perakaunan UiTM ambilan sesi 2021/2022.

Pelajar yang berminat perlu membeli nombor pin unik ID di BSN untuk buat permohonan yang dibuka sehingga 30 April 2021 nanti.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program profesional yang ditawarkan dan cara memohon.

TARIKH PENTING PERMOHONAN

  • Fasa permohonan: 15 Mac 2021 hingga 30 April 2021
  • Hebahan calon  berjaya temu duga: Minggu 4 Mei 2021
  • Keputusan temu duga: Minggu 1 Julai 2021

PEMILIH PROGRAM PENGAJIAN

Pemilihan program pengajian boleh dibuat seperti berikut:

  • Lepasan SPM
    – Permohonan berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM 2020/ setaraf
    – Tawaran berdasarkan keputusan SPM sebenar
  • Lepasan Asasi/ Matrikulasi
    – Berdasarkan keputusan peperiksaan hingga semester 1
  • Lepasan Diploma/ Ijazah/ Setaraf
    – Berdasarkan keputusan peperiksaan akhir

SYARAT AM KELAYAKAN

Pemohon mestilah memenuhi syarat am universiti dan syarat khas program berikut:

CARA MEMOHON

Calon yang berminat boleh buat permohonan melalui portal UiTM yang disediakan. Berikut adalah langkah permohonan yang perlu anda lakukan:

  • Beli Nombor Pin Unik ID DI BSN
    – Pilih Program 3 [Program Profesional]
  • Memohon di Laman Sesawang UiTM
    – https://online.uitm.edu.my/
  • Permohonan berjaya akan dipanggil temu duga

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan permohonan (proses pengambilan/syarat program/keputusan kemasukan) dan lain-lain, anda boleh hubungi talian berikut:

  • Tel: +603 55443194/ 03 55444802
  • Email: dpasfact@uitm.edu.my

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.