MDEC MyWiT: Cara Mohon Lebih 3,000 Tawaran Kerja Dengan Gaji Minima RM3,000 

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah memperkenalkan inisiatif MyDigitalWorkForce In Tech (MYWIT) sebagai bukti usaha berterusan kerajaan untuk mengekalkan industri teknologi. Usaha tersebut juga dikatakan akal melonjakkan keupayaan dan kapasiti demi memastikan industri perniagaan digital terus bertahan serta maju.

Kerajaan menerusi usaha bersama dengan MDEC akan terus menerajui kemajuan ekonomi digital dan memacu pencapaian seperti yang digariskan dalam (Rangka Tindakan Ekonomi Digital) MyDIGITAL, sekali gus membawa kemakmuran bersama.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan membuat permohonan kerja melalui inisiatif MyWiT MDEC.

INISIATIF MYWIT

MyDigitalWorkforce Work in Tech (MYWiT) adalah merupakan inisiatif menambahbaik kemahiran pekerja Malaysia dan meningkatkan keupayaan dan permintaan terhadap mereka,di samping memberi insentif kepada majikan. Sejajar dengan program celik digital dan peningkatan skil MDEC, inisiatif ini adalah sebuah platform yang menggalakkan syarikat teknologi dan perkhidmatan digital untuk mengambil pekerja melalui insentif gaji dan kursus latihan.

KOMPONEN MYWIT

MYWiT terdiri daripada dua komponen iaitu Perkhidmatan Digital Perniagaan (DBS) dan Perantis Teknologi Digital (DTA).

Program DBS

  • DBS bermatlamat untuk memberi insentif kepada syarikat yang ingin menggaji graduan baharu atau rakyat Malaysia yang tidak bekerja untuk jawatan perkhidmatan digital perniagaan di organisasi mereka dengan menawarkan insentif minimum di antara RM9,800 dan RM20,600 bagi setiap pekerja.
  • Insentif ini akan dibahagi kepada dua bahagian iaitu insentif gaji yang akan meliputi 40 peratus daripada gaji pekerja untuk enam bulan (gaji minimum sebanyak RM2,000) dan insentif latihan sebanyak RM5,000.
  • Latihan dan kursus yang layak untuk insentif ini termasuk kursus dalaman yang ditawarkan oleh syarikat dengan minimum latihan 40 jam serta kursus “Pembelajaran dalam Pekerjaan”

Program DTA

  • DTA menyasarkan syarikat yang ingin menggajikan rakyat Malaysia yang tidak mempunyai pekerjaan bagi memenuhi permintaan tinggi dalam sektor teknologi seperti Sains Data, Pembangunan Perisian dan Keselamatan Siber dengan menawarkan pakej insentif sebanyak RM15,200 bagi setiap pekerja
  • Ini termasuk insentif gaji RM1,200 setiap bulan bagi tempoh enam bulan dan insentif latihan sebanyak RM8,000 bagi setiap pekerja
  • Majikan dijangka akan membayar gaji minimum RM3,000 mulai bulan keempat program.
  • Majikan boleh memilih latihan Peningkatan Kerjaya yang tersenarai dalam Direktori Latihan Kemahiran Digital MDEC. Kesemua kursus yang tersenarai dalam direktori tersebut sudah disemak dan diberi pengiktirafan oleh pemain industri.

MANFAAT MYWIT

Melalui inisiatif MyWiT, manfaat akan diterima seperti berikut:

  • Majikan – Kurangkan kos pengambilan pekerja baru menerusi subsidi gaji
  • Peluang pekerjaan – Bekerja dengan syarikat perkhidmatan digital
  • Perkasakan pekerja – Tingkatkan kemahiran pekerja dengan kos lebih rendah melalui insentif latihan kemahiran digital

Gaji Minimum

Gaji bulanan minimum adalah RM3,000 bermula bulan keempat dan menawarkan gaji minimum tidak kurang daripada RM1,200 untuk tiga bulan pertama program dengan tempoh kontrak pekerjaan sekurang-kurangnya 12 bulan.

KRITERIA KELAYAKAN

Majikan

  • Syarikat yang diperbadankan di Malaysia
  • Modal berbayar minimum RM20,000
  • Tidak tertakluk kepada perintah pembubaran atau penutupan perniagaan
  • Aktiviti perniagaan aktif dan tidak dorman
  • Bukan majikan sektor awam, badan berkanun persekutuan & negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT)
  • Tidak mempunyai pengarah atau pemegang saham yang merupakan ahli keluarga terdekat kepada pengarah atau pekerja MDEC

Individu Mencari Pekerjaan

  • Rakyat Malaysia
  • DBS: Siswazah baru, tidak bekerja lebih dari 2 bulan & pekerja yang diberhentikan
  • DTA: Tidak bekerja* & pekerja yang diberhentikan
  • Bukan ahli keluarga terdekat kepada pengarah atau pemegang saham dalam syarikat yang menggajikan peserta.
  • Bukan penerima/bekas penerima manfaat mana-mana insentif MYWiT daripada mana-mana syarikat
  • Bukan peserta program PenjanaKerjaya 2.0 dan Penjana KPT-CAP

PROSES PERMOHONAN KERJA

Berikut adalah proses permohonan untuk individu mencari pekerjaan:

MyWIT MEDEC: Insentif Pengambilan Graduan & Penganggur Bekerja Dengan Gaji Minimum RM2,000

Peserta perlu melalui proses lantikan jawatan dan memohon menerusi syarikat yang tersenarai dalam program ini. Jika berjaya, peserta akan diserapkan ke dalam program ini oleh syarikat yang menggajikan anda.

Terokai peluang pekerjaan dengan majikan terkemuka sektor teknologi digital di bawah program MYWiT. Peluang pekerjaan disertakan dengan bimbingan peningkatan kemahiran.

CARA MOHON KERJA

Berikut adalah panduan membuat permohonan jawatan:

  1. Pergi ke laman https://mdec.my/ms/mywit/
  2. Pilih Individu Mencari Pekerjaan
    MDEC MyWiT: Cara Mohon Lebih 3,000 Tawaran Kerja Dengan Gaji Minima RM3,000 
  3. Klik LIHAT JAWATAN KOSONG untuk lihat senarai jawatan yang ada
    MDEC MyWiT: Cara Mohon Lebih 3,000 Tawaran Kerja Dengan Gaji Minima RM3,000 
  4. Untuk cari jenis jawatan yang anda mahu, isi nama jawatan di ruangan yang disediakan dan klik SEARCHMDEC MyWiT: Cara Mohon Lebih 3,000 Tawaran Kerja Dengan Gaji Minima RM3,000 
  5. Senarai syarikat yang menawarkan jawatan kosong akan dipaparkan (akan berubah dan bertambah dari masa ke semasa)
    MDEC MyWiT: Cara Mohon Lebih 3,000 Tawaran Kerja Dengan Gaji Minima RM3,000 
  6. Pilih syarikat yang anda berminat, senarai jawatan yang ditawarkan akan dipaparkan. Klik Apply Now untuk mohonMDEC MyWiT: Cara Mohon Lebih 3,000 Tawaran Kerja Dengan Gaji Minima RM3,000 

Setelah klik Apply Now, anda akan terus dibawa ke laman jawatan yang memaparkan maklumat lebih lanjut berkenaan jawatan. Anda boleh mohon melalui laman yang disediakan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk soalan lazim di laman https://mdec.my/ms/mywit/

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma