Cara Daftar SELANGKAH Untuk Ujian Saringan Covid-19 Percuma Di Selangor

Kerajaan negeri Selangor dalam memastikan penularan wabak Covid-19 di Selangor dapat dibendung telah memperkenalkan Ujian Saringan Komuniti percuma kepada rakyat Selangor. Rakyat Selangor yang ingin buat saringan percuma boleh daftar terlebih dahulu melalui SELANGKAH bagi memudahkan urusan nanti.

Sebagai rakyat yang bijak, diminta untuk anda buat saringan dan tindakan yang sepatutnya bagi mengurangkan penularan wabak Covid-19 yang kini sedang merebak di merata tempat. Saringan ini juga adalah penting untuk keselamatan ahli keluarga dan orang ramai.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pendaftaran ujian saringan percuma di Selangor melalui SELANGKAH.

TARIKH & LOKASI SARINGAN KOMUNITI COVID-19

Individu yang ingin membuat saringan covid-19 percuma boleh hadir ke lokasi pada tarikh berikut:

Cara Daftar SELANGKAH Untuk Ujian Saringan Covid-19 Percuma Di Selangor

  • Masa saringan berlangsung: 9 pagi hingga 4 petang

CARA DAFTAR SARINGAN PERCUMA

Individu yang ingin membuat saringan percuma pada tarikh dan lokasi yang ditetapkan perlu buat pendaftaran melalui SELANGKAH terlebih dahulu untuk proses yang lebih cepat. Jika anda telah membuat pra-daftar, anda hanya perlu tunggu lebih kurang 15 minit sahaja.

Jika anda hadir dan mendaftar di lokasi program saringan tanpa daftar di SELANGKAH, selalunya ia akan memakan masa. Jadi, daftar SELANGKAH terlebih dahulu dengan langkah berikut:

  1. Muat turun aplikasi SELANGKAH di telefon pintar anda
    Cara Daftar SELANGKAH Untuk Ujian Saringan Covid-19 Percuma Di Selangor
  2. Daftar akaun terlebih dahulu
  3. Klik Daftar Baru
  4. Masukkan nama penuh, nombor telefon dan kata laluan
  5. Selesai daftar, klik Sihat
  6. Tekan Pendaftaran Saringan dari dua butang
  7. Mula daftar dengan klik butang Daftar Program Saringan & Imbas Kod Bar
    Cara Daftar SELANGKAH Untuk Ujian Saringan Covid-19 Percuma Di Selangor
  8. Isi Simptom, penyakit dan kesesuaian kuarantin di rumah
  9. Daftar masuk Program dengan memilih Tarikh dan Destinasi yang sesuai dengan anda
  10. Anda boleh Check-in saringan bersama tanggungan anda
    Cara Daftar SELANGKAH Untuk Ujian Saringan Covid-19 Percuma Di Selangor
  11. Anda akan menerima kod bar yang perlu ditunjuk di tempat saringan pada Tarikh yang telah didaftar
  12. Kod bar juga borang di peroleh dari butang menu utama setelah mendaftar saringan
    Cara Daftar SELANGKAH Untuk Ujian Saringan Covid-19 Percuma Di Selangor

PERKARA YANG PERLU DIBAWA

Individu yang ingin hadir ke program saringan percuma perlu bawa bersama:

  • Kad pengenalan
  • Passport (jika ada) atau apa jua kad pengenalan
  • Telefon pintar (tidak diwajibkan)

SEMAKAN KEPUTUSAN SARINGAN

Individu yang telah berjaya buat saringan boleh semak dalam jangka masa 24 jam bermula dari waktu program saringan yang anda sertai itu tamat.

Untuk buat semakan ikut langkah berikut:

  1. Di skrin utama aplikasi Selangkah, tekan butang Sihat dan pilih Pendaftaran Saringan
  2. Keputusan akan dipaparkan sebaik sahaja ia didaftarkan ke dalam sistem
Nota: Jika keputusan anda masih belum ada dalam masa 24 jam, hantarkan mesej Telegram ke @Selangkah _my dengan nama penuh, nombor IC dan tarikh dan lokasi program saringan anda. Secara alternatif, hantarkan emel ke info@selangkah.my dengan butiran yang sama.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Saringan Komuniti percuma, adan boleh rujuk SARINGAN FAQ di laman https://www.selangkah.my/web/?page_id=11065.
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma