Terima Insentif Kecemerlangan RM1,000 Jika Pilih UMP Dalam Sistem UPUOnline
Permohonan UPUOnline bagi lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, Kolej Komuniti dan setaraf dengannya akan ditutup pada 31 Mac 2021 (Rabu) Jam 5 petang. Bagi calon yang masih belum buat permohonan, jangan tunggu saat akhir dan mohonlah sekarang agar tidak terlepas untuk masuk ke Universiti Awam atau institusi pengajian tinggi lain.
Calon yang telah buat permohonan juga masih belum terlambat untuk kemaskini maklumat permohonan anda sekarang. Yayasan Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyediakan Insentif Kecemerlangan kepada calon yang program ditawarkan di UMP dalam sistem UPU Online!
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara dapatkan insentif Yayasan UMP bagi calon yang membuat permohonan dalam Sistem UPUOnline.
Isi Kandungan
KADAR INSENTIF KECEMERLANGAN
Calon yang layak akan menerima insentif kecemerlangan Yayasan UMP sebanyak:
- RM1,000 setiap orang
CALON YANG LAYAK
Insentif Kecemerlangan ini ditawarkan kepada pelajar Warganegara Malaysia dan bermaustatin di Malaysia lepasan:
- Matrikulasi
- Politeknik
- Kolej Vokasional
SYARAT PENERIMAAN INSENTIF KECEMERLANGAN YAYASAN UMP
Untuk melayakkan diri menerima insentif RM1,000 daripada Yayasan UMP, calon mestilah:
- Lulus Matrikulasi/ Politeknik/ Kolej Vokasional dengan CGPA 3.67 dan ke atas
- Memilih Program yang ditawarkan di UMP pada Pilihan Pertama (P1) dalam Sistem UPU Online
- Setuju menerima Surat tawaran UMP dan hadir mendaftar di UMP dalam tempoh ditetapkan
CARA MOHON PROGRAM DI UMP
Untuk membuat permohonan UPU Online, calon TIDAK PERLU membeli sebarang Unik ID atau No. Pin di BSN kerana KPT akan menanggung kos bayaran untuk proses permohonan UPU. Calon boleh dapatkan insentif yang ditawarkan jika ikut panduan berikut:
- Daftar & Log masuk ke Sistem Permohonan UPU Online
- Pilih program pengajian di UMP sebagai PILIHAN PERTAMA
- Lengkapkan maklumat permohonan sehingga selesai
- Pastikan permohonan dihantar sebelum 31 Mac 2021 jam 5 petang.
Kegagalan calon membuat permohonan UPUOnline pada tarikh yang ditetapkan akan menyebabkan calon tidak dapat melanjutkan pengajian ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA pada tahun ini melalui UPUOnline. Bagi yang nak dapatkan insentif Yayasan Pahang, hanya calon yang mohon UMP sebagai PILIHAN PERTAMA sahaja layak.
Rujuk: Tarikh-tarikh penting permohonan UPU dan temuduga pelajar