[147 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan KKM Guna Sijil SPM

Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan yang ditetapkan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup jawatan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 yang ditawarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kementerian Kesihatan Malaysia amat menggalakkan calon yang berkelayakan untuk mohon jawatan yang ditawarkan. Permohonan boleh dibuat sehingga 31 Mac 2021 melalui sistem SPA9.

Jika berminat, ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan panduan lengkap memohon melalui sistem SPA9.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama Majikan: Kementerian  Kesihatan Malaysia/ Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Jawatan: Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
  • Kekosongan: 47 Kekosongan & 100 Simpanan
  • Tarikh tutup permohonan: 31 Mac 2021

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,352.00)
    atau
    ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,408.40)
    atau
    iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,464.80)

DESKRIPSI TUGAS

Tugas seorang Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 adalah:

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berkaitan khidmat telefon, khidmat penerangan dan khidmat perhubungan pelanggan di peringkat agensi berkaitan seperti mengendalikan panggilan telefon (peringkat dalaman dan luaran), melayani dan membantu pelanggan yang berurusan dengan agensi dan memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi.

CARA MOHON

Orang ramai yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk mohon jawatan ditawarkan boleh buat permohonan sekarang dengan langkah berikut:

Langkah 1

Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my. Sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9, baca:

764 Kekosongan Jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Ditawarkan. Ini Panduan Lengkap Permohonan Melalui SPA9

Langkah 2

Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon

764 Kekosongan Jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Ditawarkan. Ini Panduan Lengkap Permohonan Melalui SPA9

Langkah 3

Pergi ke bahagian SPM/Setaraf. Pilih jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan N19 di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.

361 Kekosongan Jawatan Penolong Juruaudit & Juruaudit Dibuka. Ini Cara Mohon Melalui SPA9

*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja. 

Langkah 4

Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya

764 Kekosongan Jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Ditawarkan. Ini Panduan Lengkap Permohonan Melalui SPA9

Langkah 5

Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.

764 Kekosongan Jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Ditawarkan. Ini Panduan Lengkap Permohonan Melalui SPA9

Langkah 6

Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.

764 Kekosongan Jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Ditawarkan. Ini Panduan Lengkap Permohonan Melalui SPA9

Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA akan dipaparkan yang mengandungi maklumat anda beserta senarai jawatan yang dimohon. Sila simpan dan cetak Slip Pendaftaran untuk kegunaan pada masa akan datang (terutama bagi bekas pelajar tajaan biasiswa).

Untuk elakkan anda melakukan kesilapan semasa permohonan jawatan di SPA, baca 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA.

Selamat memohon!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma