Agro-YES: Tawaran Skim Pembiayaan Sehingga RM500,000 Buat Usahawan Muda

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memperuntukkan sebanyak RM21 juta pembiayaan melalui Skim Usahawan Muda (Agro-YES) yang akan memberi kemudahan pembiayaan mensasarkan usahawan muda dalam bidang pertanian.

Skim ini bertujuan untuk membantu mereka mendapatkan pembiayaan pertanian bagi projek pengembangan seperti tanaman, ternakan, perikanan dan industri makanan. Agro-YES adakah terbuka kepada usahawan pertanian yang berumur 18 hingga 40 tahun dan telah menjalankan projek pertanian dan beroperasi lebih 12 bulan.

Setiap permohonan layak mendapat pembiayaan melalui Agrobank pada kadar yang ditetapkan. Dapatkan info lanjut Agro-YES di perkongsian bawah.

OBJEKTIF PROGRAM

Antara objektif pelaksanaan Agro-YES adalah:

  • Menarik golongan muda berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian.
  • Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju.
  • Membantu meningkatkan pendapatan usahawan muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti, teknologi dan inovasi serta pasaran yang kompetitif.
  • Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan selaras dengan Dasar Agromakanan Negara.

SKOP PROGRAM

Program Agropreneur Muda dilaksanakan untuk golongan usahawan muda yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi aktiviti projek mengikut 4 sektor utama iaitu Tanaman, Ternakan, Perikanan dan Industri Asas Tani merangkumi skop seperti berikut :

  • Tanaman
  • Perikanan
  • Ternakan
  • Industri Asas Tani
  • Pemasaran
  • Perkhidmatan dan input sokongan pertanian
  • Agropelancongan

MAKLUMAT PEMBIAYAAN

Pemohon yang layak akan menerima pembiayaan seperti berikut:

  • Had pembiayaan: RM50,000 hingga RM500,000
  • Kad keuntungan: Kadar keuntungan semasa adalah 2% setahun dikira berdasarkan baki bulanan
  • Tempoh pembiayaan: Sehingga 84 bulan (termasuk tempoh penangguhan maksimum 12 bulan)

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah dibuka kepada usahawan mudah yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut:

  • Pemohon merupakan individu berwarganegara Malaysia.
  • Pemohon berumur minimum 18 sehingga 40 tahun semasa permohonan pembiayaan dilakukan;
  • Permohonan terbuka kepada Individu, Syarikat Pemilikan Tunggal / Enterprise, Perkongsian dan Syarikat Sendirian Berhad.
  • Pemohon hendaklah berdaftar dengan Unit Agropreneur Muda sebelum membuat permohonan pembiayaan.
    (Pendaftaran dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang terdapat di cawangan Agrobank)
    Bagi Syarikat Pemilikan Tunggal / Enterprise, Perkongsian
    Sekurang-kurangmya seorang rakan kongsi dikehendaki berdaftar dengan UAM.
    Bagi Syarikat Sendirian Berhad
    Sekurang-kurangnya seorang Ahli Lembaga Pengarah dikehendaki berdaftar dengan UAM.
  • Pemohon hendaklah terlibat secara langsung dalam projek atau menguruskan projek tersebut;
  • Skop pembiayaan adalah tertakluk kepada program pakej pertanian seperti yang telah ditetapkan di bawah Projek Usahawan Tani Muda.
  • Projek baru adalah TIDAK dibenarkan di bawah program ini.
  • Projek yang akan dibiaya hendaklah projek yang telah beroperasi melebihi 12 bulan.

CARA MOHON

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan di atas dan berminat untuk dapatkan pembiayaan melalui Skim Usahawan Mudah Agro YES anda boleh buat permohonan sekarang. Pendaftaran boleh dibuat dengan langkah berikut:

  • Isi borang pendaftaran yang terdapat di cawangan Agrobank berdekatan anda

Permohonan adalah dibuka SEPANJANG TAHUN. Perkara yang dinyatakan tertakluk kepada terma dan syarat dan sebarang perubahan terma dan syarat dari semasa ke semasa.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Pusat Panggilan Agrobank di talian 1-300-88-2476 atau layari laman sesawang www.agrobank.com.my atau kunjungi mana-mana cawangan.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma