Senarai Kerjaya Bidang Sukan Di Malaysia 2026: Pilihan Jawatan, Kemahiran & Tempat Mohon •SSPN Prime & SSPN Plus: Cara Buka Akaun, Kelebihan & Pelepasan Cukai Sehingga RM8,000 •Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar • Senarai Kerjaya Bidang Sukan Di Malaysia 2026: Pilihan Jawatan, Kemahiran & Tempat Mohon •SSPN Prime & SSPN Plus: Cara Buka Akaun, Kelebihan & Pelepasan Cukai Sehingga RM8,000 •Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •

Shopee Apprentice Program: Peluang Latihan Industri Di Shopee. Elaun RM3,000 Sebulan Diberi

Oleh Cikgu Shaari • March 24, 2021 • 2 min baca

Shopee Apprentice Program: Peluang Latihan Industri Di Shopee. Elaun RM3,000 Sebulan Diberi
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pasti semua dah tahu platform Shopee kan? Shopee adalah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini merupakan salah satu platform yang menawarkan kemudahan membeli belah kepada pelanggan secara dalam talian yang mudah, selamat dah cepat melalui pembayaran dan sokongan logistik yang terbaik.

Berita baik buat pelajar yang sedang mencari tempat latihan industri! Syarikat Shopee kini membuka peluang latihan industri atau internship  dalam pelbagai bidang dengan elaun bulanan sehingga RM3,000 setiap bulan.

Apa yang lebih menarik mengikuti internship di Shopee adalah anda berpeluang bergaul dengan orang dari pelbagai peringkat termasuk pengurusan atas dan berpeluang mengerjakan projek yang hebat, belajar dan membina kemahiran insaniah.

BIDANG LATIHAN

Shopee mencari calon yang mempunyai semangat untuk memberi kesan kepada syarikat untuk bergabung sebagai pekerja intern melalui Program Shopee Apprentice Program (SAP) dengan unit utama berikut:

  • Business Development (Pembangunan Perniagaan)
  • Marketing (Pemasaran)
  • Business Intelligence (Kepintaran Perniagaan)

MANFAAT INTERNSHIP DI SHOPEE

Antara manfaat mengikuti  Shopee Apprentice Program (SAP) adalah:

  • Elaun RM3,000 Sebulan
  • Pembangunan diri dan pengalaman kerjaya yang berguna
  • Terlibat dalam projek luar biasa
  • Dapat pembelajaran berharga dari bekas perunding dari McKinsey, BCG, Accenture dan lain-lain
  • Budaya kerja yang menarik dan bersifat terbuka
  • Berpotensi untuk mengikuti Shopee Global Leaders Program (GLP) jika menunjukkan prestasi yang bagus dan memberi manfaat kepada syarikat

SYARAT KELAYAKAN

Shopee mencari calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut untuk mengikuti Shopee Apprentice Program:

  • Komitmen internship MINIMUM 12 minggu (3 bulan)
  • Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama (WAM 70% atau CGPA 3.5 dan ke atas)
  • Pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda dalam semua bidang pengajian layak mohon
  • Mampu berkomunikasi dengan jelas
  • Tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baru dan bersifat suka melakukan sesuatu
  • Berdiri dan mampu bekerjasama dengan pasukan
  • Kelayakan akademik yang baik serta penglibatan kokurikulum yang memuaskan

CARA MOHON

Sekiranya anda bersedia untuk menghadapi cabaran sambil menjadi sebahagian daripada pasukan platform e-dagang yang berkembang pesat di rantau ini, inilah  peluang anda!

Hantar permohonan anda sekarang dan sertai pasukan Shopee. Mohon di sini:

MOHON SEKARANG

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.