Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Semakan Keputusan Permohonan & Rayuan Program Insentif Bahasa Inggeris KPM Ambilan April 2021

Oleh Cikgu Shaari • March 10, 2021 • 2 min baca

Semakan Keputusan Permohonan & Rayuan Program Insentif Bahasa Inggeris KPM Ambilan April 2021
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kolej Profesional MARA (KPM) mempelawa calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) yang memenuhi syarat kelayakan untuk mengikuti Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP) yang bertempoh selama 2 bulan (8 Minggu).

Pemohon yang telah berjaya membuat permohonan sebelum ini kini boleh buat semakan keputusan permohonan bagi kemasukan Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP) Kolej Profesional MARA (KPM) Ambilan April 2021.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan cara buat semakan keputusan permohonan.

MAKLUMAT PROGRAM

Program yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Program: Program Intensif Bahasa Inggeris (Intensive English Programme, IEP)
  • Tempat: KPM Ayer Molek, Melaka
  • Tempoh: 2 Bulan (8 Minggu)
  • Kemasukan: Sesi 1/2021 April 2021

SYARAT UMUM

Hanya pemohon yang memenuhi syarat umum dan kelayakan berikut sahaja akan diluluskan:

  • Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
  • Pemohon berumur 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun.
  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
  • Pemohon perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah.
  • Pemohon perlu bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah.
  • MARA mempertimbangkan pemohon berkeperluan khas dengan kemudahan yang terhad.

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN & RAYUAN

Semakan keputusan permohonan dan rayuan bagi pemohon yang tidak lulus boleh dibuat pada:

  • 10 Mac 2021 selepas jam 10 pagi

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

Semakan keputusan permohonan dan rayuan  boleh dibuat dengan melayari pautan berikut:

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian seperti berikut:

  • Unit Pengambilan, Bahagian Pendidikan Tinggi MARA,
    Tingkat 12, Bangunan Ibu Pejabat MARA,
    Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur
  • Tel: 03-26134074 / 03-26134075 / 03-26134076 / 03-26134077 / 03-26134081
  • Emel: upim.bpt@mara.gov.my
Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.