Panduan Membuat Pembatalan Pengeluaran i-Sinar KWSP

Pihak Kumpulan Wang Simpanan pekerja (KWSP) dengan sokongan kerajaan kini memudahkan urusan Ahli KWSP dengan memansuhkan syarat permohonan i-Sinar dan membenarkan ahli yang telah membuat permohonan i-Sinar sebelum ini untuk buat pindaan/pertukaran amaun pengeluaran serta membuat pembatalan pengeluaran i-Sinar.

Seperti yang kita tahu, ahli yang membuat pengeluaran i-Sinar akan terima bayaran pertama maksimum RM5,000 dan bayaran selebihnya akan dibayar setiap bulan selama 6 bulan. Bagi pemohon yang merasakan pengeluaran sudah mencukupi dan tidak ingin teruskan bayaran bulanan kini boleh membuat pembatalan pengeluaran.

Tak perlu ke kaunter KWSP pun, buat secara online sahaja dengan mudah. Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan membuat pembatalan pengeluaran i-Sinar.

PEMBATALAN PENGELUARAN I SINAR

Berikut adalah MAKLUMAT PENTING berkenaan pembatalan pengeluaran i-Sinar yang anda perlu tahu:

  • Pembatalan pengeluaran boleh dibuat SEKALI SAHAJA
  • Ahli yang membuat pembatalan pengeluaran TIDAK BOLEH buat permohonan baru semula
  • Ahli yang BERJAYA membuat pembatalan pengeluaran tidak akan terima bayaran untuk bulan berikutnya
  • KWSP tidak akan menolak simpanan akaun Ahli lagi setelah pembatalan pengeluaran dibuat
  • Bagi tujuan keselamatan, semua maklumat permohonan Pengeluaran i-Sinar terdahulu tidak akan dipaparkan.
  • Bayaran bulanan berulang akan terhenti dengan pembatalan Pengeluaran i-Sinar ini.

CARA BUAT PEMBATALAN PENGELUARAN I SINAR

Ahli yang ingin membuat pembatalan pengeluaran i-Sinar boleh buat secara online dengan langkah mudah ini:

  1. Pergi ke pautan https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Pilih PEMBATALAN PENGELUARAN
    Panduan Membuat Pembatalan Pengeluaran i-Sinar KWSP
  3. Baca Notis Penting yang dipaparkan dan klik OK
    Panduan Membuat Pembatalan Pengeluaran i-Sinar KWSP
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon yang didaftarkan. Klik TERUSKAN
    Panduan Membuat Pembatalan Pengeluaran i-Sinar KWSP
  5. Nombor OTP akan dihantar melalui SMS. Sahkan OTP
    Panduan Membuat Pembatalan Pengeluaran i-Sinar KWSP
  6. Sahkan Pembatalan Pengeluaran i-Sinar KWSP anda sehingga berjaya

Orang ramai diingatkan bahawa pembatalan pengeluaran i-Sinar boleh dibuat sekali sahaja dan pemohon yang telah batalkan pengeluaran TIDAK BOLEH buat permohonan semula. Jadi anda diminta untuk buat keputusan sewajarnya dan batal jika perlu sahaja.

Bagi yang ingin buat permohonan baharu i-Sinar tanpa syarat juga tidak perlu terburu-buru kerana permohonan dibuka sehingga 30 Jun 2021. Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di talian 03 8922 4848.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma