Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Urusan Pembaharuan Lesen Kenderaan Di Pejabat Pos Dihentikan Sehingga Mac 2021

Oleh Cikgu Shaari • February 23, 2021 • 2 min baca

Urusan Pembaharuan Lesen Kenderaan Di Pejabat Pos Dihentikan Sehingga Mac 2021
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berikutan arahan daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), urusniaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan) bagi kenderaan persendirian di semua pejabat pos seluruh negara akan dihentikan buat sementara waktu.

Kementerian Pengangkutan telah memberikan pengecualian pembaharuan Lesen Kenderaan Motor dan lesen memandu bagi PKP 2.0. Pemegang lesen memandu dibenarkan mengoperasikan kenderaan selagi mempunyai sijil insurans kenderaan yang sah (e-cover note).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut penangguhan urusan di Pejabat Pos.

URUSAN DI PEJABAT POS

Urusan lain termasuk pembaharuan lesen memandu dan insuran kenderaan masih boleh dijalankan seperti biasa di semua kaunter pejabat pos seluruh negara.

Penangguhan pembaharuan lesen kenderaan motor (cukai jalan) oleh JPJ adalah dalam tempoh berikut:

  • 23 Februari hingga 31 Mac 2021

Urusan Pembaharuan Lesen Kenderaan Di Pejabat Pos Dihentikan Sehingga Mac 2021

RENEW LESEN SECARA ONLINE

Pembaharuan lesen masih boleh dibuat secara online melalui MyEG dengan mudah tanpa perlu hadir ke kaunter JPJ atau pejabat pos.

Dapatkan panduan lengkap pembaharuan lesen memandu secara online di bawah:

PENGECUALIAN LESEN MEMANDU

Walaubagaimanapun, bagi pengguna yang telah tamat tempoh lesen memandu diberi kebenaran untuk menangguhkan pembaharuan lesen memandu sehingga 30 April 2021.

Namun para pemandu diingatkan untuk memastikan kenderaan mereka:

  • Memiliki perlindungan insurans yang sah; dan
  • Menunjukkan sijil perlindungan e-cover note insurans

Kedua-dua perkara ini perlu ditunjukkan kepada anggota penguatkuasa trafik sekiranya diminta.

Pemegang LKM dan CDL yang telah atau bakal tamat tempoh hendaklah memperbaharui lesen masing-masing dalam masa 30 hari selepas tamat tempoh pengecualian diberikan iaitu sehingga 30 April 2021.

Baca: Info Pengecualian Pembaharuan Lesen Memandu Diberi Sehingga 31 Mac 2021

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.