MyGovernment: Cara Daftar & Senarai Perkhidmatan Digital Disediakan Pelbagai Jabatan
MyGovernment merupakan inisiatif di bawah MAMPU kearah Pengukuhan Perkhidmatan Digital Bersepadu dan Selamat dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11. Portal MyGovernment merupakan gerbang tunggal kerajaan yang menawarkan perkhidmatan dalam talian dan informasi yang berkonsepkan Life-Event dan berpaksikan rakyat.
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh melakukan transaksi bagi perkhidmatan dalam talian kerajaan yang disediakan dalam Portal MyGovernment. Manakala pengguna yang tidak berdaftar hanya boleh akses kepada maklumat dan perkhidmatan umum yang disediakan seperti “Informasi Trafik Lembah Klang” dan “Carian Institusi Pendidikan di Malaysia”
Bagi menggunakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan ini, anda boleh daftar sekarang secara percuma dan mudahkan urusan dengan pelbagai perkhidmatan dalam talian.
Isi Kandungan
KEMUDAHAN PERKHIDMATAN DIGITAL
Antara kemudahan perkhidmatan digital yang disediakan di portal MyGovernment adalah seperti berikut:
- Kementerian Kesihatan Malaysia
– Sistem Janji temu Klinik - Polis Diraja Malaysia
– Semakan Status Saman Trafik PDRM
– Semakan Status Pengambilan Jawatan PDRM
– Semakan Status Report Polis - Jabatan Pendaftaran Negara
– Permohonan Salinan Sijil Kelahiran
– Pendaftaran Kelahiran
– Permohonan Kad Pengenalan Kanak-kanak 12 tahun - KPDNHEP
– Permohonan Baru Notis Jualan Murah - PERHILITAN
– Permohonan Baru Lesen Peniaga/Taksidemi
– Permohonan Pembaharuan Lesen Peniaga/Taksedemi - Jabatan Perikanan Malaysia
– Permohonan Kad Nelayan & Pembaharuan Lesen Vesei - Perkhidmatan Dalam Talian Agensi
- Perkhidmatan Untuk penjawat Awam
– MyRAM
– MyISGRC - Perkhidmatan Merentasi Agensi
– Informasuk Trafik Bagi Bandar Utama di Malaysia
– Permohonan Kemasukan Prasekolah
– Permohonan Kemasukan ke Tahun 1 - MITI
CARA DAFTAR MYGOVERNMENT
Berikut adalah panduan membuat pendaftaran MyGovernment:
- Pergi ke Portal MyGovernment di pautan www.malaysia.gov.my
- Klik Daftar di bahagian atas laman
- Masukkan maklumat diminta dan klik Hantar
- Pautan pengaktifan akan dihantar ke emel yang didaftarkan
- Klik pada kotak yang disediakan
- Cipta kata laluan dan klik Hantar
- Siap! Pendaftaran anda telah selesai.
CARA LOGIN MYGOVERNMENT
Log masuk untuk mula menggunakan Perkhidmatan Digital MyGovernment
- Klik Log Masuk
- Pilih Kata Laluan
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik Seterusnya
- Masukkan Kata Laluan dan klik Log Masuk
- Anda perlu lengkapkan maklumat anda di ruangan disediakan
Bila dah selesai lengkapkan maklumat, selepas ini anda boleh membuat urusan dengan pelbagai jabatan kerajaan secara mudah melalui MyGovernment.
TERLUPA KATA LALUAN
Jika anda terlupa kata laluan, sila ikut langkah berikut:
- Klik pada Gagal Mengakses Akaun;
- Klik pada ikon Kata Laluan;
- Pilih kaedah pengesahan e-mel;
- Masukkan e-mel anda dan masukkan teks pengesahan seperti yang dipaparkan; dan
- Klik pada butang “Set Semula” untuk menetapkan semula kata laluan. Pautan untuk set semula kata laluan akan dihantar menerusi e-mel pengguna.
Pengguna yang tidak berdaftar hanya boleh akses kepada maklumat dan perkhidmatan umum yang disediakan seperti “Informasi Trafik Lembah Klang” dan “Carian Institusi Pendidikan di Malaysia”.
Jangan sia-siakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan ini. Dengan perkhidmatan dalam talian yang disediakan, urusan harian akan menjadi lebih mudah dan dapat mengurangkan pergerakan orang ramai.
Daftar sekarang!