Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar • Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar •

Cara Buat Janji Temu Online Klinik Kesihatan KKM. Urusan Lebih Cepat Tanpa Menunggu

Oleh Cikgu Shaari • September 8, 2022 • 2 min baca

Cara Buat Janji Temu Online Klinik Kesihatan KKM. Urusan Lebih Cepat Tanpa Menunggu
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Dengan kemudahan secara online yang ada sekarang ini, urusan orang ramai menjadi lebih mudah. Ke arah perkhidmatan digital Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkenalkan Sistem Janji Temu Klinik Kesihatan bagi mengurangkan masa menunggu  pelanggan.

Sistem Janji Temu Klinik merupakan satu inisiatif daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada Pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan di klinik-klinik kesihatan seluruh Malaysia. Janji Temu secara online sebelum hadir ke klinik boleh dibuat melalui portal MyGoverment.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kelebihan dan tempahan janji temu klinik.

KELEBIHAN SISTEM JANJI TEMU KLINIK

Antara kelebihan sistem Janji Temu Klinik adalah:

  • Tempahan Janji Temu 24 jam: Memudahkan akses kepada sistem
  • Menjimatkan masa
  • Pilih satu slot waktu bersesuaian dengan keperluan
  • Perkhidmatan yang lebih berkualiti

TUJUAN SISTEM JANJI TEMU

Tujuan sistem janji temu klinik diperkenalkan adalah bagi:

  • Mengurangkan tempoh masa menunggu Pelanggan di kaunter pendaftaran
  • Mengurangkan bilangan Pelanggan yang berkunjung ke klinik pada waktu yang sama
  • Memberi kemudahan kepada Pelanggan untuk membuat janji temu secara atas talian
  • Memberi kemudahan kepada Pentadbir Klinik untuk membuat permohonan temujanji bagi pihak Pelanggan

CARA BUAT JANJI TEMU ONLINE KLINIK KESIHATAN

Janji temu online bagi mendapatkan perkhidmatan di klinik kesihatan boleh dibuat bermula 22 Februari 2021. Berikut adalah cara buat janji temu online klinik kesihatan:

  1. Tempahan slot janji temu klinik boleh dibuat di laman:
    www.malaysia.gov.my
  2. Klik Perkhidmatan Digital
    Cara Buat Janji Temu Online Klinik Kesihatan KKM Untuk Urusan Lebih Cepat Tanpa Menunggu
  3. Pilih Sistem Janji Temu Klinik di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia
    Cara Buat Janji Temu Online Klinik Kesihatan KKM Untuk Urusan Lebih Cepat Tanpa Menunggu
  4. Klik LOG MASUK atau DAFTAR bagi pengguna baharu
    Cara Buat Janji Temu Online Klinik Kesihatan KKM Untuk Urusan Lebih Cepat Tanpa Menunggu
  5. Anda boleh buat janji temu bermula 22 Februari 2021

Pemilihan slot janji temu hendaklah 24 jam sebelum tarikh janji temu yang dipilih. Peringatan (reminder) akan dihantar melalui email. Pelanggan perlu hadir ke klinik sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal sebelum waktu janji temu.

Bagi kes-kes kecemasan hendaklah mendapatkan rawatan segera tanpa menempah slot janji temu.

Baca juga: Panduan Lengkap Renew/Perbaharui Lesen Memandu Secara Dalam Talian

Cara Buat Janji Temu Online Klinik Kesihatan KKM. Urusan Lebih Cepat Tanpa Menunggu

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.