Semak Kelayakan Bantuan RM500 Pemandu Teksi, Bas & E-Hailing

Dalam pengumuman khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai), kerajaan memperuntukkan 15 billion ringgit dalam memberi bantuan untuk memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi.

Sebanyak 22 bantuan dalam pakej bantuan Permai telah diumumkan termasuk juga bantuan tunai secara one-off kepada golongan pemandu teksi, bas dan e-hailing. Bantuan akan disalurkan bagi meringankan beban kewangan golongan yang terjejas.

Bayaran bantuan RM500 akan dibayar dalam masa terdekat, oleh itu pemandu yang layak boleh mula buat semakan kelayakan dan permohonan bagi pemohon baru.

GOLONGAN YANG LAYAK

Antara individu yang tergolong dalam penerima bantuan secara one off ini adalah:

  • Pemandu Teksi
  • Bas Sekolah
  • Bas Persiaran
  • E-Hailing
  • Kereta Sewa

PERMOHONAN BANTUAN RM500

Permohonan baharu bagi pemandu teksi, bas dan e-hailing yang belum pernah menerima bantuan RM500 di bawah pakej Prihatin sebelum ini boleh dibuat secara online di pautan berikut:

KELULUSAN AUTOMATIK

Proses permohonan bantuan di bawah Pakej Permai adalah DIKECUALIKAN / KELULUSAN AUTOMATIK kepada:

  • Pemandu teksi, kereta sewa, bas persiaran, bas sekolah dan e-hailing yang menerima bantuan Prihatin sebelum ini

Keputusan itu adalah bagi mempercepatkan proses pembayaran bantuan one-off RM500 kepada golongan berkenaan.

SEMAKAN STATUS BANTUAN

Golongan yang pernah terima bantuan RM500 di bawah  Prihatin sebelum ini diminta untuk buat semakan semula untuk tahu kelayakan penerimaan bantuan. Semak status kelayakan di sini:

Semak Kelayakan Bantuan RM500 Pemandu Teksi, Bas & E-Hailing

TARIKH BAYARAN

Pemohon yang layak dikatakan akan terima bayaran masing-masing secara auto kredit mulai:

  • 22 Februari 2021

Kementerian Pengangkutan Malaysia menggesa kepada semua pemohon baharu supaya memberikan maklumat yang tepat dan terkini kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sesuai dengan kriteria yang ditetapkan untuk memastikan pemprosesan dan pengagihan bantuan tunai mereka tidak lagi tertangguh.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma