Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Bantuan Tunai RM500 & Komputer Riba Buat Keluarga Terlibat Banjir

Oleh Cikgu Shaari • February 19, 2021 • 2 min baca

Bantuan Tunai RM500 & Komputer Riba Buat Keluarga Terlibat Banjir
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Tragedi banjir di Pahang Januari lalu telah memberi kesulitan kepada keluarga yang terlibat musibah itu. Sejumlah 18,726 Ketua Isi Rumah (KIR) di Pahang yang terjejas dengan banjir. Kerajaan Negeri Pahang memahami masalah rakyat yang terjejas dan bakal memberi bantuan dalam bentuk tunai dan peralatan kepada keluarga yang layak.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bantuan sama akan turut diberikan kepada peniaga gerai dan rumah kedai yang terkesan dengan bencana berkenaan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemberian bantuan tunai kepada mangsa banjir.

BENTUK BANTUAN

Bantuan yang akan disalurkan kepada mangsa banjir adalah dalam bentuk:

  • Bantuan tunai RM500
  • Bantuan bayaran sewa rumah
  • Bantuan komputer riba

GOLONGAN SASAR

Bantuan secara one-off itu akan membabitkan peruntukan RM9.5 juta yang menyasar:

  • Mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS); dan
  • Mereka yang berpindah di rumah saudara

Sumbangan Kerajaan Persekutuan itu hanya akan melibatkan 8,600 keluarga. Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) meluluskan peruntukan wang ihsan RM500 bagi setiap KIR yang keseluruhan berjumlah RM4.3 juta.

BANTUAN BAYARAN SEWA RUMAH

Selain itu, kerajaan negeri menetapkan pemberian Bantuan Bayaran Sewa Rumah selama 3 bulan kepada:

  • Keluarga yang kehilangan rumah asal; dan
  • Rumah tidak dapat diduduki akibat bencana banjir

Pemberian bantuan itu dijangka memanfaatkan 27 keluarga membabitkan peruntukan RM16,800.

BANTUAN KOMPUTER RIBA

Mesyuarat MMK telah bersetuju menyumbang sebuah komputer riba setiap seorang kepada:

  • Penerima di bawah senarai Bantuan Kanak-kanak (BKK) Pahang yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021

Diharap dengan bantuan kewangan serta peralatan yang telah diumumkan ini dapat meringankan beban ditanggung rakyat akibat banjir serta masalah pembelajaran dalam tempoh pandemik Covid-19 ketika ini.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.