Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Pemansuhan Syarat i-Sinar Ambil Sedikit Masa. Keutamaan Kepada Permohonan Sedang Diproses

Oleh Cikgu Shaari • February 18, 2021 • 2 min baca

Pemansuhan Syarat i-Sinar Ambil Sedikit Masa. Keutamaan Kepada Permohonan Sedang Diproses
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bagi memudahkan urusan pengeluaran simpanan Akaun 1 KWSP memandangkan keadaan pandemik telah memberi kesan kepada rakyat, kerajaan telah berbincang dengan Kumpulan Wang Simpanan pekerja (KWSP) untuk mempermudahkan proses kelulusan pengeluaran i-Sinar.

Proses pengeluaran i-Sinar dipermudahkan dengan pemansuhan syarat seperti yang diumumkan baru-baru ini. Namun setiap Ahli kena faham bahawa proses ini akan mengambil sedikit masa kerana melibatkan perubahan kepada sistem KWSP.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut proses pemansuhan syarat i-Sinar.

KEUTAMAAN KEPADA PEMOHON SEDIA ADA

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz,

“Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang telah memohon atau permohonan sedang diproses”

PEMANSUHAN SYARAT i-SINAR AMBIL MASA

Pemansuhan syarat i-Sinar dikatakan akan mengambil sedikit masa kerana:

  • Melibatkan perubahan kepada sistem KWSP
  • Masa diperlukan untuk membekukan transaksi buat sementara waktu bagi membolehkan sistem KWSP untuk mengkreditkan dividen bagi tahun 2020 ke dalam akaun ahli selepas pengumuman dividen pada hujung Februari ini

Kerajaan sentiasa peka kepada kelangsungan hidup bagi golongan rentan dan mereka yang amat terkesan dengan pandemik Covid-19. Ahli yang ingin buat pengeluaran i-SInar tapi masih tidak diluluskan diminta sabar menunggu maklumat dari semasa ke semasa.

Bagi yang dah mohon tetapi masih dalam proses, anda boleh buat semakan tarikh bayaran pada 8 Mac 2021.

Baca: Status i-Sinar Masih Dalam Proses? Buat Semakan Tarikh Bayaran Mulai 8 Mac 

PERMOHONAN i-LESTARI

Bagi yang tidak tahu, permohonan i-Sinar dibuka sehingga 30 Jun 2021. Ahli KWSP juga masih boleh buat permohonan i-Lestari iaitu pengeluaran dari simpanan Akaun 2 berjumlah RM50 hingga RM500 mengikut keperluan.

Permohonan i-Lestari masih dibuka sehingga 31 Mac 2021. Bagi yang nak mohon boleh mohon sekarang di sini:

Kerajaan juga telah membuat keputusan untuk melanjutkan lagi tarikh pendaftaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Rakyat Malaysia yang masih belum sempat membuat permohonan atau kemaskini masih boleh buat sehingga 25 Februari 2022.

Sebarang maklumat lanjut berkenaan syarat i-Sinar akan dikemaskini dari masa ke semasa. Diharap semua sabar menunggu dan dapatkan maklumat daripada sumber yang sahih sahaja.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.