Permohonan Peranti Percuma Buat Pelajar Di Negeri Sembilan Kini Dibuka

Kerajaan Negeri Sembilan mengambil inisiatif memberi peranti percuma kepada pelajar yang memerlukan bagi memudahkan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Permohonan peranti percuma itu dibuka mulai hari ini. Orang ramai diminta semak syarat-syarat kelayakan dan boleh buat permohonan menerusi Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Inisiatif kerajaan Negeri Sembilan untuk membantu pelajar dalam kaedah pembelajaran PdPR adalah di atas kesedaran bahawa ramai pelajar tidak mempunyai kemudahan peranti  untuk mereka belajar secara sempurna dalam suasana pandemik Covid-19.

Orang ramai boleh semak syarat kelayakan dan info lanjut cara membuat permohonan peranti percuma di bawah.

JENIS PERANTI

Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan RM1,950,000 dari Dana Tabung Amanah Penyelenggaraan Sekolah 2021 dan RM450,000 dari Tabung Pembangunan Bina Insan untuk memperolehi:

  • 3,750 unit Samsung Galaxy Tab A

Pemberian adalah bertujuan membantu pelajar-pelajar dari golongan miskin mendapatkan peranti untuk digunakan atas tujuan pembelajaran di rumah.

KRITERIA PENYALURAN BANTUAN PERANTI

Setiap ADUN/ Penyelaras DUN akan menerima 100 unit peranti di seluruh 36 DUN di Negeri Sembilan. Manakala tambahan baki 150 unit akan disalurkan menerusi Pejabat Exco Pendidikan dan Modal Insan.

Setiap ADUN/ Penyelaras DUN perlu memastikan kriteria berikut untuk penyerahan bantuan ini:

  • Pelajar dari kawasan DUN masing-masing sahaja
  • Pelajar dari keluarga yang berpendapatan susah dan keutamaan kepada mereka yang masih tidak mempunyai sebarang peranti yang berkesan dalam proses pembelajaran di rumah
  • Pelajar mengisi borang dan Pusat Khidmat Rakyat perlu membuat penilaian dan memilih 100 orang permohonan yang paling layak untuk dibantu disalurkan peranti ini.
  • Senarai pelajar yang diluluskan permohonan perlu diserah kepada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan untuk rekod sebelum 15 April 2021.
  • Pusat Khidmat Rakyat juga digalakkan menggunakan peruntukan masing-masing mengikut keperluan untuk menambah jumlah peranti yang disediakan
  • Keutamaan kelulusan permohonan adalah menurut kaedah berikut:
    – Kepada pelajar IPT diikuti pelajar tingkatan 6, kemudian pelajar Tingkatan 5, Tingkatan 4 dan seterusnya pelajar Sekolah menengah Rendah sebelum diberi kepada pelajar Sekolah Rendah yang juga menurut turutan daripada darjah yang di atas sebelum menurun ke bawah

CARA MOHON PERANTI PERCUMA

Pelajar yang memerlukan bantuan peranti percuma ditawarkan oleh kerajaan negeri ini boleh buat permohonan melalui:

  • Pusat Khidmat DUN masing-masing
  • Setiap Pusat Khidmat Rakyat di seluruh 36 kawasan di Negeri Sembilan akan diperuntukkan sebanyak 100 unit peranti
  • Pelajar-pelajar boleh memohon menerusi Pusat Khidmat Rakyat DUN masing-masing sahaja
  • ADUN/ Penyelaras DUN akan memproses dan membuat penilaian sebelum membuat pemilihan untuk pelajar-pelajar yang berjaya
  • Keutamaan pemilihan akan diberi kepada pelajar-pelajar daripada golongan keluarga berpendapatan rendah

Semak senarai DUN Negeri Sembilan di bawah:

Pemohon diminta untuk cetak borang permohonan berikut dan hantar borang yang lengkap diisi ke Pusat DUN masing-masing:

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN PERANTI PERCUMA

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma