Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap •Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya • Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap •Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •

Proses Kemasukan Pelajar Ke Kampus UMS Mulai 1 Mac 2021

Oleh Cikgu Shaari • February 15, 2021 • 2 min baca

Proses Kemasukan Pelajar Ke Kampus UMS Mulai 1 Mac 2021
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) prihatin dan menyedari kepentingan dalam memastikan keperluan program pengajian pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) berjalan dengan sempurna walaupun berhadapan dengan cabaran pandemik Covid-19.

Seperti dimaklumkan sebelum ini, pihak Majlis Keselamatan Negara telah bersetuju untuk membenarkan 6 kategori pelajar IPT pulang ke kampus mulai 1 Mac 2021 bagi mengikuti PdP secara hibrid iaitu secara fizikal dan secara dalam talian.

Pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah bersedia menerima kemasukan pelajar mulai 1 Mac dan telah menyediakan garis panduan kemasukan ke kampus UMS khas pada tarikh tersebut.

TEMPOH KEMASUKAN

Tempoh kemasukan pelajar ke kampus UMS adalah:

  • 1 hingga 5 Mac 2021

SEMAKAN KELULUSAN

Semua pelajar UMS perlu menyemak kelulusan layak masuk ke kampus melalui Sistem Maklumat Pelajar (SMP) di pautan berikut:

Pelajar juga diminta untuk mengisi penilaian Risk Assesment Tools melalui pautan berikut:

Pastikan anda cetak Surat Kebenaran masuk ke kampus dan Surat Perakuan Penilaian Risiko (Risk Assesment). 

KEPERLUAN SWAB TEST

Pelajar Dari Sabah

  • Wajib menjalani swab test (RTK-Ag) semasa hari pendaftaran di drop zone
  • Menunggu keputusan swab test sebelum boleh bergerak ke kolej kediaman

Pelajar Dari Luar Sabah

  • Wajib menjalani swab test (RT-PCR) di Hospital/ Klinik awam yang berdekatan dengan membawa Surat Kebenaran dan Kad Pelajar
  • Swab test perlu dijalankan dalam tempoh 3 hari sebelum penerbangan ke Sabah

KEMBALI KE KAMPUS

Pelajar Dari Sabah

  • Menyediakan dokumen seperti berikut:
    i) Surat Kebenaran masuk ke kampus
    ii) Surat Perakuan Penilaian Risiko
  • Pamer Surat Kebenaran masuk ke kampus di kaunter JHEP
  • Bas disediakan dari terminal bas terus ke drop zone UMS
  • Pelajar yang menaiki kenderaan persendirian dan bas dari terminal/ lapangan terbang akan terus ke drop zone untuk menjalani swab test dan tuntutan slip penempatan kolej kediaman

Pelajar Dari Luar Sabah

  • Menyediakan dokumen seperti berikut untuk semakan di lapangan terbang:
    i) Surat Kebenaran masuk ke kampus
    ii) Surat Perakuan Penilaian Risiko
    iii) Surat keputusan swab test (PCR) (Negatif)
  • Tuntutan slip penempatan kolej kediaman di kaunter JHEP
  • Bas disediakan dari lapangan terbang terus ke kolej kediaman
Nota: SEMUA pelajar akan menjalani tempoh isolasi selama 10 hari di kolej kediaman masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke media sosial Laman Rasmi Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS.

Proses Kemasukan Pelajar Ke Kampus UMS Mulai 1 Mac 2021

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.