UPU 2021: Cara Beli Nombor Pin UPU Di Kaunter BSN, Mesin ATM, SMS dan Secara Online

Berita baik buat pelajar lepasan SPM dan STPM atau setaraf yang ingin membuat permohonan melalui UPU Online ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA), dan Kolej Komuniti untuk sesi 2021/2022.

Berdasarkan hebahan terkini Permohonan UPU online, telah ditetapkan bahawa calon boleh mula mengemukakan permohonan UPU Online 2021/2022 mulai 4 Januari 2021 sehingga 31 Mac 2021.

Namun, untuk mengemukakan permohonan, setiap pemohon perlu membeli nombor unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum boleh mengemukakan permohonan serta mengakses sistem borang permohonan UPU online. Nombor unik ID UPU ini wajib di beli.

Terdapat beberapa kaedah beli nombor pin UPU yang boleh anda gunakan selain di kaunter BSN untuk memudahkan urusan. Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan lengkap cara beli nombor pin melalui beberapa kaedah.

TARIKH PEMBELIAN NOMBOR PIN UPU

Pembelian nombor pin UPU bagi permohonan UPU sesi 2021/2022 boleh dibuat pada:

  • Februari hingga 30 Mac 2021

Info lanjut: Tarikh-tarikh penting permohonan UPU sesi 2021/2022

HARGA NOMBOR PIN UPU TERKINI

Harga nombor pin UPU terkini yang ditetapkan adalah seperti berikut:

UPU 2021: Cara Beli Nombor Pin UPU Di Kaunter BSN, Mesin ATM, SMS dan Secara Online

Harga nombor pin adalah berbeza mengikut tujuan dan program pengajian. Semak senarai lengkap harga nombor pin mengikut pengajian DI SINI.

CARA BELI NOMBOR PIN

Pembelian nombor pin UPU boleh dibuat melalui beberapa kaedah berikut:

Kaunter BSN

  1. Hadir ke cawangan BSN berdekatan
  2. Bawa kad pengenalan dan wang bersama
  3. Bawa bersama salinan kad pengenalan serta kad pengenalan asli
  4. Isi borang pembelian nombor Pin UPU yang diberi
  5. Hantar borang pembelian dan buat bayaran di kaunter

UPU 2021: Cara Beli Nombor Pin UPU Di Kaunter BSN, Mesin ATM, SMS dan Secara Online

Mesin ATM

  1. Masukkan kad BSN
  2. Klik Beli Nombor ID
  3. Kemudian pilih Program Kursus dan masukkan Nombor Kad Pengenalan Anda
  4. Status pembelian berjaya akan dipaparkan, simpan resit untuk rujukan

SMS

Untuk pembelian melalui SMS, pastikan anda mempunyai akaun BSN dan membuat pendaftaran SMS Banking terlebih dahulu. Cara membuat pendaftaran di mesin ATM:

  1. Masukkan Kad MATRIX BSN dan pilih BAHASA
  2. Masukkan nombor pin dan pilih URUSAN LAIN
  3. Pilih PERBANKAN SMS dan pilih PENDAFTARAN
  4. Masukkan nombor telefon anda
  5. Urusan telah berjaya, slip akan dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC
  6. SMS pendaftaran berjaya akan diterima melalui telefon yang didaftarkan
  7. Selepas berjaya mendaftar barulah boleh membeli No Unik UPU melalui SMS

Cara membuat pembelian melalui SMS:

  1. Taip PIN<jarak>MPIN<jarak>ORG<jarak>KP dan hantar ke 36898
  2. Contoh: PIN 567890 SPM 971023801203
    UPU 2021: Cara Beli Nombor Pin UPU Di Kaunter BSN, Mesin ATM, SMS dan Secara Online
  3. M-PIN adalah nombor pin kad Matrix BSN

Online

Sama seperti pembelian menerusi SMS, anda perlu mempunyai akaun BSN dan kad Matrix BSN terlebih dahulu. Cara untuk membuat pembelian secara online adalah seperti berikut:

  1. Log masuk ke akaun di pautan www.mybsn.com.my
    UPU 2021: Cara Beli Nombor Pin UPU Di Kaunter BSN, Mesin ATM, SMS dan Secara Online
  2. Klik PIN PURCHASE
  3. Pilih ORGANIZATION UPU
  4. Pilih PROGRAM LEPASAN SPM atau LEPASAN STPM/SETARAF
  5. Isikan maklumat dengan betul dan lengkap
  6. Buat pembayaran
  7. Klik SUBMIT
  8. Nombor pin UPU akan dipaparkan

Mudah kan? Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai pembelian nombor pin UPU anda boleh terus ke cawangan BSN berdekatan atau hubungi talian BSN di 1 300 88 1900.

Baca juga: Cara Mudah Daftar MyBSN Online Banking

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma