Checklist Sebelum Hantar Permohonan Kerja MySTEP

MySTEP atau singkatan kepada Short-term Employment Programme merupakan satu inisiatif kerajaan di bawah Belanjawan 2021 bagi membantu rakyat Malaysia yang kehilangan kerja atau menganggur dengan menyediakan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dengan peluang yang ada ini dan pelbagai jabatan telah membuka iklan permohonan untuk jawatan MySTEP, lepasan sekolah, graduan dan individu menganggur di luar sana tidak patut lepaskan peluang ini! Namun anda perlu tahu, jumlah pemohon bagi setiap jawatan ditawarkan bukan sedikit, jadi anda perlu bersaing untuk dapatkan jawatan yang anda mahu.

Oleh itu, anda perlu tahu strategi untuk mohon MySTEP bagi mendapatkan jawatan dengan mudah. Rujuk checklist sebelum hantar permohonan kerja MySTEP di perkongsian bawah.

CHECKLIST SEBELUM HANTAR PERMOHONAN KERJA MYSTEP

1. Rujuk Kesesuaian Jawatan Dengan Kelayakan

Sama juga seperti anda mohon kerja melalui platform lain atau di mana-mana. Apabila anda nampak sahaja iklan jawatan kosong MySTEP, perkara pertama yang anda perlu lihat adalah JENIS JAWATAN. Seterusnya, baca pula SYARAT KELAYAKAN.

Bila dah baca 2 perkara tersebut, bandingkan dengan kelayakan yang anda ada. Jika sesuai dengan kelayakan anda boleh MULA MOHON! Jika jawatan ditawarkan luar dari bidang pengajian atau tidak sepadan dengan kelayakan, jangan buang masa anda untuk mohon jawatan tersebut.

2. Rujuk Keperluan Permohonan

Jika anda rasa jawatan ditawarkan sesuai dengan kelayakan anda dan bidang tugas memang sepadan dengan bidang pengajian anda, dah boleh bersedia untuk mohon. Lihat keperluan permohonan yang dinyatakan. Selalunya permohonan jawatan MySTEP memerlukan calon menyediakan:

  • CV
  • Resume
  • Sijil Akademik
Nota: Keperluan permohonan adalah berbeza bagi setiap iklan permohonan. Pastikan anda semak betul-betul semua keperluan yang dinyatakan.

3. Sediakan Resume Terkini

Kebanyakan permohonan jawatan MySTEP akan meminta calon untuk sediakan resume atau CV. Calon dinasihatkan untuk sediakan satu resume yang paling latest khas untuk permohonan jawatan MySTEP. Resume adalah penting untuk calon sediakan dengan baik kerana kelayakan calon akan dinilai berdasarkan resume yang dihantar.

Bagi calon yang tiada pengalaman kerja, anda boleh rujuk RESUME TANPA PENGALAMAN KERJA manakala lepasan SPM boleh dapatkan FORMAT RESUME LEPASAN SPM.

4. Sediakan Salinan Sijil Akademik

Untuk permohonan jawatan MySTEP, selalunya dokumen yang diminta ringkas sahaja seperti resume dan sijil akademik. Bila dah sediakan resume yang lengkap, pastikan anda tidak lupa sediakan salinan sijil akademik yang meliputi:

  • Sijil SPM/SPMV
  • Sijil STPM/ matrikulasi/ Diploma *Jika ada
  • Sijil Ijazah *Jika ada
  • Sijil akademik lain yang berkaitan

5. Jenis Fail Dokumen

Sebelum anda hantar dokumen-dokumen yang diminta melalui email, pastikan anda simpan dokumen seperti resume dan sijil akademik dalam bentuk:

  • Jenis fail: .pdf

Semua fail yang dihantar melalui email mestilah dalam bentuk .pdf sahaja bagi memudahkan urusan pihak pengurusan membuka fail anda tanpa sebarang masalah.

6. Siapkan Email Permohonan Kerja

Bila dah bersiap sedia dengan dokumen-dokumen yang perlu disediakan dan yakin dengan kelayakan yang anda ada, anda perlulah siapkan email permohonan kerja dengan profesional! Kebanyakan iklan jawatan MySTEP mengarahkan calon untuk mohon melalui email dengan menghantar dokumen yang dinyatakan.

Namun pastikan calon tidak hantar email KOSONG hanya sekadar dokumen diminta tanpa sebarang cover letter. Email yang dihantar mestilah cantik dilengkapi dengan kata-kata pendahuluan yang lengkap dan profesional. Boleh rujuk di bawah:

Rujuk: Panduan Mohon Kerja Kerajaan MySTEP Melalui Email Beserta Contoh Email Lengkap

7. Tunggu Makluman Status Permohonan

Bila dah selesai permohonan, pastikan anda sentiasa peka dengan makluman dari masa ke semasa. Mungkin tarikh semakan kelulusan permohonan tidak dinyatakan, jadi calon sendiri yang perlu semak email selalu bagi memastikan tiada email ketinggalan.

Semoga perkongsian ini dapat membantu calon yang ingin memohon kerja jawatan MySTEP  dengan jaya. Jangan lepaskan peluang pekerjaan yang luas ini, mohon sekarang!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma