Terkini: Waktu Operasi Kedai Makan, Pasar, Stesen Minyak & Kedai Runcit Sepanjang PKP
Disebabkan terlalu banyak aduan mengenai waktu operasi premis makanan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam telah mengumumkan bahawa operasi premis makanan dilanjutkan sehingga 10 malam setiap hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Keputusan ini dibuat bagi memberi kemudahan kepada orang ramai yang tidak berkesempatan membeli makanan sebelum jam 8 malam seperti yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk mengikut waktu operasi premis-premis berkaitan seperti yang ditetapkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui waktu operasi setiap premis sepanjang pelaksanaan PKP.
Isi Kandungan
WAKTU OPERASI PREMIS SEPANJANG PKP
Berikut adalah waktu operasi TERKINI yang dibenarkan di setiap premis seperti yang ditetapkan oleh MKN:
Premis Perkhidmatan Makanan
- Restoran, kedai/ gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/ pusat penjaja & gerai makan tepi jalan/ kiosk
Waktu operasi: 6 pagi hingga 10 malam
Runcit & Keperluan
- Kedai runcit, kedai serbaneka, kedai farmasi, kedai keperluan harian, klinik haiwan, kedai makanan haiwan, kedai dobi, dobi layan diri dan kedai cermin mata
Waktu operasi: 6 pagi – 10 malam
Pasar
- Pasar harian dan pasar tani
Waktu operasi: 7 pagi hingga 2 petang
- Pasar borong
Waktu operasi: 12 pagi – 6 pagi & 11 pagi – 4 petang
Pusat Perubatan
- Hospital, klinik dan makmal perubatan
Waktu operasi: 24 jam atau mengikut lesen kebenaran beroperasi
Stesen Minyak
- Semua stesen minyak
Waktu operasi: 6 pagi – 10 malam (kecuali stesen minyak di lebuhraya boleh beroperasi sehingga 24 jam.
5 SEKTOR EKONOMI DIBENARKAN OPERASI
Untuk makluman anda terdapat 5 sektor ekonomi dibenarkan beroperasi sepanjang PKP, iaitu:
- Pengilangan dan pembuatan
- Pembinaan
- Perkhidmatan
- Perdagangan dan
- Pengedaran
Semak perincian setiap perkhidmatan yang beroperasi DI SINI.