Kelulusan Automatik Bantuan RM500 Pemandu Teksi, Bas & E-Hailing
Dalam pengumuman khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) yang disiarkan secara langsung semalam, kerajaan memperuntukkan 15 billion ringgit dalam memberi bantuan untuk memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi.
Sebanyak 22 bantuan dalam pakej bantuan Permai telah diumumkan semalam termasuk juga bantuan tunai secara one-off kepada golongan pemandu teksi, bas dan e-hailing. Bantuan akan disalurkan bagi meringankan beban kewangan golongan yang terjejas.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan one-off kepada pemandu-pemandu terjejas.
Isi Kandungan
KADAR BANTUAN ONE-OFF
Bantuan akan diberikan secara one-off iaitu sekali bayar pada kadar:
- RM500 setiap orang
GOLONGAN YANG LAYAK
Antara individu yang tergolong dalam penerima bantuan secara one off ini adalah:
- Pemandu Teksi
- Pemandu Pelancong
- Bas Sekolah
- Bas Persiaran
- Kereta Sewa
- E-Hailing
Bukan itu sahaja, kerajaan juga memperuntukkan bantuan untuk rakyat lain juga seperti Bantuan Tambahan JKM yang boleh dimohon oleh semua orang dan Data 1GB Percuma yang akan dinikmati sehingga April 2021.
Bukan itu sahaja, calon SPM, STPM dan pelajar IPT boleh dapatkan Pelan Data Khas serendah RM20 sebulan untuk kuota 15GB serta 22 bantuan Permai yang lain.
PENGECUALIAN DUTI EKSAIS & CUKAI JUALAN TEKSI
Kerajaan kini turut memberi layanan pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi tujuan:
- Pindah milik
- Pelupusan
- Kegunaan persendirian teksi
Dengan syarat kenderaan dimiliki selama tujuh tahun. Sukacita dimaklumkan bahawa syarat ini dilonggarkan kepada lima tahun mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2021.
PENGECUALIAN PERMOHONAN BANTUAN RM500
Pemandu teksi, kereta sewa, bas persiaran, bas sekolah dan e-hailing yang menerima bantuan Prihatin sebelum ini akan:
- DIKECUALIKAN daripada melalui proses permohonan bantuan di bawah pakej Permai
Keputusan itu adalah bagi mempercepatkan proses pembayaran bantuan one-off RM500 kepada golongan berkenaan.
“Bagi teksi dan kereta sewa, semua pemandu yang menepati syarat kelayakan bantuan Prihatin sebelum ini diberi kelulusan secara automatik tanpa melalui saringan kriteria kelayakan sekali lagi untuk menerima bantuan Permai.”
“Semua pemandu bas persiaran yang menepati syarat kelayakan bantuan Prihatin sebelum ini tidak perlu disaring untuk caruman PERKESO”
Kementerian Pengangkutan Malaysia menggesa kepada semua pemohon baharu supaya memberikan maklumat yang tepat dan terkini kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sesuai dengan kriteria yang ditetapkan untuk memastikan pemprosesan dan pengagihan bantuan tunai mereka tidak lagi tertangguh.