Pakej Bantuan Khas PKP 2.0: Senarai 22 Bantuan Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia (PERMAI)
Perdana Menteri Malaysia pada hari ini dalam perutusan Pakej Bantuan Khas telah mengumumkan pelaksanaan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia atau singkatannya PERMAI.
Pakej bantuan yang bernilai RM15 bilion itu adalah dengan matlamat untuk menambah baik inisiatif sedia ada yang masih berterusan dan juga mempercepatkan pelaksanaan inisiatif yang berkaitan.
Sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah PERMAI yang berteraskan tiga matlamat. Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut senarai bantuan PERMAI.
Isi Kandungan
MATLAMAT INISIATIF PERMAI
Pelaksanaan pakej bantuan PERMAI adalah berteraskan kepada tiga matlamat utama iaitu:
- Pertama: Memerangi Wabak COVID-19;
- Kedua: Memelihara Kebajikan Rakyat; dan
- Ketiga: Menyokong Kelangsungan Perniagaan.
SENARAI BANTUAN DALAM PAKEJ BANTUAN PERMAI
Matlamat 1: Memerangi Wabak Covid-19
- Inisiatif Program Vaksinasi Covid-19
- Mengukuhkan Sistem Kesihatan Negara
- Meningkatkan kerjasama dengan Hospital Swasta
- Memperkukuh Saringan Kesihatan Pekerja
Matlamat 2: Memelihara Kebajikan Rakyat
1. Mempercepat Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat
2. Memperkukuh Program Kebajikan
3. Meneruskan Tempoh Moratorium dan Pengurangan Ansuran Pinjaman
4. Menambah baik Program i-Sinar KWSP
5. Melanjutkan Tempoh Pelepasan Cukai Khas Ke Atas Pembelian Telefon Bimbit, Komputer dan Tablet
6. Melanjutkan Tempoh Capaian Internet Percuma
7. Melanjutkan Tempoh Pengecualian Cukai Jualan ke atas Kenderaan Penumpang
8. Melanjutkan Tempoh Moratorium bagi Peminjam PTPTN
Matlamat 3: Menyokong Kelangsungan Perniagaan
1. Menambah baik Program Subsidi Upah
2. Meneruskan Geran Khas Prihatin Tambahan RM1000
3. Menyediakan Bantuan Kewangan One-Off kepada Pemandu Teksi dan Bas
4. Mempercepatkan Pelaksanaan Skim Mikrokredit
5. Menyokong dan Merancakkan Perniagaan Dalam Talian
6. Menambah Baik Skim Jaminan PRIHATIN Danajamin
7. Menjadual Semula dan Melanjutkan Tempoh Moratorium bagi Pinjaman MARA dan Sewaan Premis MARA
8. Meneruskan Pemberian Diskaun Bil Elektrik
9. Memperkenalkan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi
10. Menambahbaik Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit COVID-19 2020
Sekian sahaja senarai penuh penambahbaikan bantuan oleh kerajaan melalui pakej PERMAI yang baru diumumkan tadi. Kerajaan berharap bantuan-bantuan ini dapat membantu rakyat Malaysia yang mengalami kesusahan akibat Covid-19 dan pelaksanaan PKP.
Maklumat lanjut permohonan bantuan akan menyusul.