Tarik Perhatian Penemuduga Dengan 3 “Jawapan Tambahan” Terbaik Ini
Persediaan awal untuk menghadapi temuduga pasti telah dilakukan oleh calon sebelum menghadapi temuduga. Lagi-lagi persediaan tentang jawapan yang akan diberikan oleh penemuduga kerana rata-rata soalan temuduga adalah lebih kurang sama dan tidak lari maksudnya.
Namun, anda perlu tahu bahawa walaupun soalan yang diajukan oleh penemu duga adalah kedengaran soalan yang biasa dan umum, mereka pastinya mengharapkan jawapan yang menarik dan mampu meyakinkan mereka untuk menerima anda sebagai pekerja.
Lain daripada calon lain, ini 3 jawapan tambahan yang boleh menarik perhatian penemuduga dalam menjawab soalan temuduga.
Isi Kandungan
CONTOH JAWAPAN TAMBAHAN TERBAIK UNTUK SETIAP SOALAN TEMUDUGA
1. Soalan: Ceritakan Serba Sedikit Kemahiran Yang Anda Miliki
Pastikan anda cuba faham maksud tersirat di sebalik soalan yang berkaitan dengan kemahiran diri anda yang diajukan oleh penemuduga. Soalan sebegini diajukan kerana penemuduga cuba mengetahui :
Ayat tambahan yang terbaik dapat diberikan bagi membantu anda untuk menjawab dengan lebih baik adalah seperti berikut:
”... and that’s why i’m actually so excited about this position. I think it’ll be a great opportunity for me to use my knack for detail-oriented work.”
Jawapan tambahan seperti ini secara tidak langsung akan menarik minat penemuduga untuk meneruskan sesi temuduga sehingga sesi temuduga anda tamat.
2. Simpulkan Jawapan Anda
Penemuduga akan berasa bosan dan tidak tertarik untuk terus mendengar jawapan anda jika anda terlalu kerap melibatkan jawatan yang anda mohon atau mengenai syarikat tersebut dalam jawapan anda.
Bagi mengelakkan dari memanjang-manjangkan jawapan sehingga ianya kedengaran seperti anda hanya mengulangi jawapan yang sama setiap masa dan membuatkan penemuduga berasa bosan, cuba simpulkan jawapan anda.
Ayat di bawah adalah contoh untuk pengakhiran jawapan yang akan anda simpulkan:
”So in general, you could say I take a very lead-by-example approach to leadership,”
Atau anda boleh juga gunakan ayat seperti di bawah ini.
”Going back to the original question, I do make every effort to learn about and see the issue from the other person’s point of view before take any action when faced with a conflict.”
3. Tanya Soalan Anda Sendiri
Jika sesi temuduga hampir tamat, jangan biarkan sesi temuduga anda berakhir dengan begitu saja. Pastikan anda mengambil peluang untuk bertanya soalan-soalan yang anda mahu tahu daripada penemuduga.
Jika anda mengajukan soalan, secara tidak langsung akan menyedarkan penemuduga yang anda benar-benar memberi tumpuan sepanjang sesi temuduga berlangsung dan menampakkan anda berminat untuk bekerja di syarikat tersebut. Perkara ini juga dapat mengurangkan rasa tegangan di bilik temuduga.
Jadi, jika anda ingin bertanya berkenaan jawatan yang dimohon, ceritakan tentang kemampuan anda dalam melakukan kerja-kerja tersebut dan sertakan beberapa contoh kemahiran yang anda boleh lakukan.
Bagi penutup soalan tadi, soalan boleh diakhiri dengan ayat seperti di bawah supaya soalan yang anda ajukan lebih menarik perhatian mereka.
”As I said before, working on teams really helps me be more productive and creative. Actually, while we’er on the topic, can you tell me a bit more about how the team operates here?”
Ajukan soalan kepada penemuduga juga penting untuk menambahbaikkan perbincangan bersama penemuduga.
Jangan takut untuk memberi jawapan yang diluar kotak pada hari temuduga anda nanti dan sentiasa yakin dengan setiap jawapan yang diberikan. Tetapi pastikan jawapan yang diberikan tidak tersasar dari maksud yang sebenar dan soalan yang ditanya.