Permohonan i-Sinar Kategori 3 Tidak Wujud. Ahli KWSP Diminta Berwaspada

Baru-baru ini tersebar secara meluas melalui aplikasi WhatsApp, telegram dan media sosial mengenai permohonan i-Sinar kategori 3. Jangan mudah percaya, KWSP telah memberi amaran dan peringatan mengenai perkara tersebut.

Kenyataan permohonan i-Sinar kategori 3 adalah PALSU. Di zaman yang serba canggih ini, pelbagai penipuan secara online telah berlaku di kalangan kita yang melibatkan individu yang tidak bertanggungjawab.

Oleh itu, Ahli KWSP dan orang ramai diminta untuk sentiasa berwaspada.

PERMOHONAN I SINAR KATEGORI 3 PALSU

Permohonan i Sinar kategori 3 yang dimaklumkan bermula pada 13 Januari 2021 tanpa sebarang dokumen sokongan adalah tidak benar. KWSP tidak pernah mewujudkan kategori 3 bagi permohonan i-Sinar.

Berikut adalah iklan permohonan i Sinar kategori 3 yang tular baru-baru ini:

Permohonan i-Sinar Kategori 3 Tidak Wujud. Ahli KWSP Diminta Berwaspada

Dapatkan informasi sahih berkenaan i-Sinar yang dikemas kini dari semasa ke semasa melalui i Sinar Online dan media sosial rasmi KWSP.

Baca juga: KWSP Beri Peringatan Waspada 5 Jenis “Scam i-Sinar” Yang Sedang Berleluasa Ini. Sila Alert

PERMOHONAN YANG SAHIH

Setakat ini, i Sinar KWSP hanya membuka permohonan bagi 2 kategori berikut:

Permohonan i Sinar bagi kedua-dua kategori ini adalah dibuka selama 6 bulan iaitu sehingga tarikh tutup i Sinar KWSP.

Permohonan i Sinar kategori 1 boleh dibuat tanpa dokumen sokongan manakala kategori 2 perlu dibuat bersama dokumen sokongan yang diperlukanSemakan permohonan i Sinar boleh dibuat selepas 2 hingga 3 minggu permohonan.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma