Pengiraan Markah Merit Lepasan SPM & STPM/Setaraf UPU Untuk Kemasukan Universiti
Bagi calon lepasan SPM dan STPM/setaraf yang masih tidak tahu, pengiraan markah merit upu adalah antara dasar dan kriteria yang diambil kira bagi pemilihan lepasan SPM untuk kemasukan ke IPT melalui UPU.
Cara pengiraan markah merit UPU bagi kemasukan ke universiti adalah berdasarkan prinsip meritokrasi iaitu bagi menentukan siapakah yang lebih layak berdasarkan kepada prestasi mereka. Jadi, setiap pemohon UPU perlu tahu cara pengiraan markah merit UPU.
Berikut adalah panduan membuat pengiraan markah merit UPU Lepasan SPM dan STPM/Setaraf untuk rujukan pemohon UPU.
Isi Kandungan
DASAR PEMILIHAN PRINSIP MERITOKRAS
Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip Meritokras dengan mengguna pakai:
- 90% markah akademik &
- 10% markah kokurikulum.
PROSES PENGIRAAN MARKAH MERIT
Pengiraan markah merit UPU melibatkan 4 proses iaitu:
1. Proses Penentuan Aliran
Terdapat beberapa aliran bagi lepasan SPM dan STPM/Setaraf yang calon perlu tahu sebelum membuat pengiraan markah merit UPU:
- Lepasan SPM (Aliran Sains)
- Lepasan SPM (Aliran Sastera)
- Lepasan STPM/Setaraf (STPM/ Matrikulasi/ Asasi)
- Lepasan STPM/Setaraf (Diploma/ Setaraf)
Dah tentukan aliran anda? Pergi ke langkah seterusnya untuk pengiraan markah merit UPU lepasan SPM dan STPM Setaraf.
2. Penyediaan Pengiraan Mata Pelajaran
Dah tahu jenis aliran masing-masing, anda perlu tahu jenis mata pelajaran yang diambil kira untuk pengiraan markah merit UPU setiap aliran.
Lepasan SPM (Aliran Sains)
Lepasan SPM Aliran Sastera
Bagi pemohon yang tidak tersenarai dalam komponen aliran sains sama ada pemohon di kategori SPM/ Setaraf atau STPM/ Setaraf secara automatiknya diklasifikasikan ke aliran sastera. Aliran sastera adalah berdasarkan subjek berikut :
- Bahasa Malaysia
- Matematik
- Sains
- Sejarah
- Pengajian Islam/ Pendidikan Al-Quran dan As-Sunah/ Pendidikan Syariah Islamiah/ pengetahuan Moral
Aliran STPM/ Setaraf
3. Pengiraan Markah Merit UPU (Akademik 90%)
Pengiraan markah merit berdasarkan kepada komponen Markah Akademik yang mewakili 90 % dan baki 10% adalah markah Kokurikulum. Kaedah pengiraan markah merit ini adalah seperti mana yang diterangkan di atas iaitu berdasarkan nilai jumlah gred mata pelajaran.
Pengiraan Markah Merit UPU Lepasan SPM/Setaraf (Aliran Sains)
Pengiraan Markah Merit UPU Lepasan SPM/Setaraf (Aliran Sastera)
Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sastera adalah seperti berikut :
90 markah dari 5 mata pelajar berikut:
- Bahasa Melayu
- Matematik
- Sains
- Sejarah
- Pendidikan Islam/ Pendidikan Al–Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral
30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain.
Pengiraan Markah Merit UPU Lepasan STPM/Setaraf
Berikut adalah pengiraan markah merit UPU bagi lepasan STPM/Setaraf:
4. Pengiraan Markah Merit UPU (Kokurikulum 10%)
Pengiraan markah merit UPU bagi kokurikulum sebanyak 10% adalah seperti berikut:
KALKULATOR PENGIRAAN MARKAH MERIT UPU
Untuk proses pengiraan markah merit UPU lepasan SPM dan STPM/setaraf yang lebih mudah, anda boleh gunakan kalkulator automatik pengiraan markah merit UPU:
- Klik KALKULATOR PENGIRAAN MARKAH MERIT UPU LEPASAN SPM & STPM/SETARAF
- Klik KALKULATOR MERIT
- Pilih kategori anda
- Masukkan mata pelajaran dan gred pencapaian anda di ruangan yang disediakan. Klik KIRA
- Markah merit anda akan dipaparkan
Proses terakhir dalam pengiraan merit adalah menyusun markah merit yang dikira. Walau bagaimanapun akan berlakunya situasi dimana markah merit pemohon adalah sama. Jadi bagaimana kedudukan pemohon akan ditentukan?
Usah risau kerana UPU sememangnya sudah ada jalan penyelesaian. Kaedah penyelesaiannya adalah dengan menambah 1 markah bagi setiap A yang diperolehi. Jumlah A+ yang akan dikira terlebih dahulu seterusnya diikuti oleh elemen lain seperti turutan di bawah.
DASAR & KRITERIA PEMILIHAN UPU
Pengiraan markah merit UPU lepasan SPM dan STPM/Setaraf adalah penting. Namun, calon juga perlu tahu dasar dan kriteria pemilihan calon untuk kemasukan ke universiti yang ditetapkan berikut:
- Pencapaian akademik dalam peperiksaan
- Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum
- Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian dipohon
- Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh Universiti Awam, IPG, KM, Politeknik, KK dan ILKA
- Lulus temu duga/ ujian bagi program bertemu duga dan ujian
- Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan
- Bilangan tempat yang disediakan oleh UA, IPG, KM, Politeknik, KK dan ILKA
Semoga perkongsian ini dapat membantu calon pemohon UPU membuat pengiraan markah merit UPU lepasan SPM dan STPM/setaraf untuk kemasukan ke universiti. Selepas membuat pengiraan markah merit UPU nanti, jangan pula anda bandingkan dengan rakan-rakan anda kerana kemungkinan pemilihan program pengajian adalah berbeza.