Senarai 10 Ijazah Bidang Pengajian Yang Mudah Dapat Kerja

Melanjutkan pelajaran di menara gading kini bukan lagi menjadi jaminan kepada pada graduan untuk mendapatkan pekerjaan yang diimpikan setelah selesai tamat belajar.

Dengan Sijil Diploma dan Ijazah yang dimiliki setelah lebih kurang 3 tahun pengajian, peluang graduan mendapatkan pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan adalah sukar dengan persaingan yang ada pada masa sekarang.

Persaingan yang sengit menyebabkan jumlah graduan dan siswazah menganggur meningkat, selain ramai terpaksa menceburi pekerjaan bukan bidang pengajian, selain dibayar gaji atau imbuhan tidak setimpal kelulusan dimiliki.

Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia pada suku pertama 2019, negara merekodkan seramai 516,600 penganggur. Pada masa sama, seramai 238,286 penganggur termasuk 174,327 siswazah, mendaftar sebagai pencari kerja aktif dengan JobsMalaysia di bawah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung.

Baca: Permohonan UPUonline

Antara sebab seseorang graduan sukar mendapat pekerjaan adalah kerana kelulusan yang diperolehi adalah tidak setaraf dengan kelayakan yang diminta oleh kebanyakan majikan pada masa kini.

Namun, adalah sangat penting bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading untuk mengetahui tentang jenis jurusan yang dapat menjamin kemudahan untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat belajar.

Di bawah merupakan antara 10 jenis jurusan yang boleh dipilih untuk memudahkan graduan dapat pekerjaan.

1. DIGITAL MARKETING

Pada era pembangunan sekarang, hampir semua perkara yang dilakukan adalah berasaskan digital. Jadi, pada masa kini graduan yang mempunyai ilmu digital marketing  adalah lebih mudah untuk mendapatkan pekerjaan.

Ilmu digital marketing adalah diperlukan dalam bidang pemasaran produk dan berguna untuk mempromosikan sesuatu. Selain itu, ilmu digital marketing juga penting untuk menaikkan brand syarikat samada melalui Facebook, Instagram, Youtube dan sebagainya.

2. PERUBATAN DAN PERGIGIAN

Untuk makluman, kos pengajian bagi pengajian perubatan dan pergigian adalah antara kos pengajian yang termahal iaitu mencecah RM100,000 bagi 5 tahun pengajian. Kos pengajian yang mahal menyebabkan tidak ramai graduan yang memilih untuk meneruskan pengajian dalam bidang ini.

Pelbagai peluang pekerjaan disediakan samada dalam sektor kerajaan atau swasta. Contohnya  graduan mempunyai pilihan untuk bekerja di hospital atau klinik kerajaan atau swasta yang disediakan. Oleh itu, kebiasaannya graduan dari jurusan ini adalah lebih mudah untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat pembelajaran.

3. SAINS VETERINAR

Jurusan yang ketiga adalah jurusan Sains Veterinar. Kesedaran masyarakat tentang pentingnya kesihatan haiwan menyebabkan kepentingan untuk mendapatkan doktor veterinar adalah diutamakan kerana kurangnya graduan yang mempunyai kelayakan dalam bidang ini. Masyarakat kini sedar tentang kepentingan menjaga kesihatan haiwan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Graduan juga berpeluang untuk membuka klinik veterinar sendiri jika mempunyai kelayakan dalam bidang ini. Klinik veterinar juga ada disediakan samada dalam sektor kerajaan ataupun swasta.

4. JURUSAN BERKAITAN PERUBATAN (PARAMEDIC)

Jurusan yang keempat ialah jurusan yang berkaitan dengan perubatan. Kebiasaannya, graduan akan bekerja di sekitar hospital ataupun klinik iaitu dalam membantu atau merawat pesakit. Graduan dalam bidang ini akan berkemampuan untuk merawat pesakit iaitu seperti jururawat, pegawai kesihatan dan macam-macam lagi.

Pengajian paramedik adalah merangkumi pengajian kesihatan fizikal secara holistik dan tertumpu dalam satu-satunya bidang perubatan.

5. SENI BINA, PEMBINAAN DAN PERANCANGAN

Jurusan pengajian ini adalah salah satu jurusan yang sangat unik dan agak mencabar kerana menggabungkan kedua-dua bidang ilmu sains dan kemanusiaan. Malah bidang ini telah banyak memberi sumbangan terus ke arah pembentukan persekitaran manusia seperti pembinaan bangunan dan perancangan sesebuah penempatan.

Graduan yang mempunyai kelayakan dalam bidang ini berpeluang untuk bekerja dalam sektor kerajaan iaitu dalam bahagian perancangan desa dan bandar, pegawai diplomatik dan sebagainya. Selain itu, dari sektor swasta pula, graduan berpeluang untuk bekerja di sesebuah syarikat sebagai pengurus projek sesebuah pembangunan.

6. KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI

Jurusan yang keenam ialah jurusan kejuruteraan dan teknologi. Secara amnya, jurusan ini adalah berkait dengan jurusan Seni bina dan pembangunan. Perkara ini adalah kerana perangkaan dan mereka bentuk sesebuah pembangunan adalah tanggungjawab ahli teknologi kejuruteraan.

Keistimewaan bidang kejuruteraan teknologi ialah graduan boleh bekerja di pelbagai bidang besar seperti industri seperti pembuatan, pembinaan, perindustrian, penyelenggaraan dan juga pengurusan.

7. SAINS KOMPUTER

Bersesuaian dengan peredaran zaman yang semakin berteknologi tinggi, graduan dari jurusan Sains Komputer adalah sangat diperlukan.

Sains komputer secara umumnya adalah pengkajian perhitungan dan pemprosesan maklumat. Tugasan dalam bidang ini adalah dijalankan dari segi perkakasan mahupun perisian.

Seiring dengan hasrat kerajaan untuk membawa Malaysia ke era industri teknologi, permintaan terhadap graduan daripada jurusan Sains Komputer di dalam sektor awam dan swasta semakin meningkat. Antara kerjaya yang boleh diceburi adalah seperti Jurutera Perisian, juru Perunding IT, Pembangunan Sistem Perisian dan macam-macam lagi.

8. PENDIDIKAN

Mempunyai kelayakan dalam bidang ini adalah amat sesuai bagi mereka yang berminat untuk berhubung secara langsung dengan pelajar dan berminat dalam bidang psikologi dan sosiologi pendidikan manusia. Menjadi pendidik adalah bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh kerana kursus ini juga turut mempertingkatkan kesedaran tentang peranan perkembangan kognotif,  fizikal, emosi, kreativiti, bahasa dan estetika manusia.

Baca juga: Permohonan Guru IPG

Menjadi pendidik adalah bukan perkara yang mudah kerana pendidik mesti memahami pelajar dalam pelbagai aspek. Kemahiran yang diperoleh jika mempunyai kelayakan dalam bidang pendidikan bukan saja boleh diguna pakai apabila di tempat kerja seperti sekolah, malah boleh digunakan untuk membuka kelas peribadi.

9. PENGAJIAN PERNIAGAAN

Jurusan ini bukanlah hanya semata-mata mempelajari tentang perniagaan, malah graduan akan memperoleh pelbagai ilmu dan kemahiran seperti kemahiran pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans, perbankan dan juga keusahawanan.

Mempelajari dalam bidang ini membolehkan seseorang menjadi seorang usahawan. Golongan usahawan dilihat sebagai golongan professional yang berjaya kerana menjadi seorang usahawan adalah tidak mudah. Pelbagai ilmu yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan.

10. SAINS MATEMATIK

Bidang Sains Matematik adalah pembelajaran yang berkaitan matematik dan statistik. Pelajar dalam bidang ini akan mempunyai kebolehan dan kemahiran menggunakan teknik dan kaedah kuantitatif yang amat bersesuaian untuk menjalankan analisis, penyelidikan, ramalan dan perancangan dalam persekitaran industri.

Walaupun seperti semua orang tahu mempelajari ilmu matematik adalah bukan perkara yang mudah, namun memperoleh pekerjaan dalam bidang ini adalah mudah kerana tidak semua orang mampu untuk meneruskan pengajian dalam bidang ini. Prospek kerjaya dalam bidang ini adalah luas seperti ahli statistik, jurutera sistem, pegawai bank, pegawai perancang dan sebagainya.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma