Cara Kira Kadar Zakat Pendapatan 2022 Yang Perlu Dibayar. Jangan Lupa Bayar Sebelum Tahun Baru

Zakat pendapatan ialah zakat yang dikenakan keatas semua jenis sumber pendapatan,hasil upah yang diperolehi daripada perkhidmatan, pekerjaan, aktiviti yang menghasilkan pendapatan bagi seseorang muslim.

Tahun 2022 yang penuh makna ini bakal tamat dalam masa terdekat. Sudahkan anda tunaikan kewajipan anda sebagai seorang umat Islam iaitu membayar zakat pendapatan?

Jika anda tidak tahu pengiraan kadar zakat yang perlu dibayar  dan cara membuat bayaran zakat, jangan risau kerana semua akan dikongsikan di bawah. Teruskan membaca!

Baca: Dah Dapat Dividen, Sila bayar Zakat! Ini Cara Kira Zakat ASB

SYARAT WAJIB ZAKAT PENDAPATAN

Syarat wajib zakat pendapatan adalah sama dengan jenis Zakat Harta yang lain iaitu:

  • Islam
  • Merdeka
  • Milik Sempurna
  • Cukup nisab
  • Haul

JENIS PENOLAKAN YANG DIBENARKAN

Sekiranya anda ada penolakan atau belanja tertentu yang dibenarkan, anda boleh masukkan nilai penolakan tersebut dalam pengiraan zakat pendapatan. Berikut adalah penolakan belanja yang dibenarkan:

  • Belanja untuk diri
  • Nafkah atau belanja isteri
  • Perbelanjaan anak
    a) Berumur bawah 18 tahun
    b) Berumur atas 18 tahun (pelajar IPT)
  • Pendidikan sendiri
  • Pemberian kepada ibubapa
  • Caruman KWSP (11%)

Baca juga: Pengeluaran KWSP Dikenakan Zakat. Ini Syarat Pengiraan & Kaedah Bayaran

CARA KIRA KADAR ZAKAT PENDAPATAN YANG PERLU DIBAYAR

Berikut adalah adalah kaedah pengiraan kadar zakat pendapatan tahunan yang anda perlu bayar:

Nota: Cara 1 adalah TANPA PENOLAKAN, Cara 2 adalah DENGAN PENOLAKAN.

Cara Kira Kadar Zakat Pendapatan 2020 yang Perlu Dibayar. Jangan Lupa Bayar Sebelum Tahun Baru

KALKULATOR ZAKAT PENDAPATAN

Selain pengiraan secara manual, anda juga boleh buat pengiraan menggunakan Kalkulator Zakat Pendapatan. Hanya perlu masukkan maklumat pendapatan yang diminta, kalkulator tersebut akan kirakan secara automatik buat anda!

  1. Pergi ke laman web zakat2u.com.my
  2. Masukkan maklumat yang diminta
  3. Tick pada kotak TANPA TOLAKAN jika anda tidak mempunyai tolakan yang dibenarkan
  4. Tick pada kotak DENGAN TOLAKAN jika anda mempunyai tolakan yang dibenarkan
    Cara Kira Kadar Zakat Pendapatan 2020 yang Perlu Dibayar. Jangan Lupa Bayar Sebelum Tahun Baru
  5. Masukkan Maklumat Pendapatan
    Cara Kira Kadar Zakat Pendapatan 2020 yang Perlu Dibayar. Jangan Lupa Bayar Sebelum Tahun Baru
  6. Jumlah bayaran zakat tahunan/ bulanan yang dikenakan akan dipaparkan secara automatik
    Cara Kira Kadar Zakat Pendapatan 2020 yang Perlu Dibayar. Jangan Lupa Bayar Sebelum Tahun Baru
Nota: Jika jumlah layak dizakat lebih rendah daripada nilai nisab tahun 2020. Anda tidak dikenakan zakat.

CARA BAYAR ZAKAT SECARA ONLINE

Dah buat pengiraan di laman kalkulator di atas, anda boleh buat bayaran terus secara online dengan langkah berikut:

  1. Di laman zakat2u.com.my, klik BAYAR ZAKAT.
    Cara Kira Kadar Zakat Pendapatan 2020 yang Perlu Dibayar. Jangan Lupa Bayar Sebelum Tahun Baru
  2. Pilih amaun yang ingin dibayar dan kaedah pembayaran
    Cara Kira Kadar Zakat Pendapatan 2020 yang Perlu Dibayar. Jangan Lupa Bayar Sebelum Tahun Baru
  3. Masukkan maklumat peribadi anda
    Cara Kira Kadar Zakat Pendapatan 2020 yang Perlu Dibayar. Jangan Lupa Bayar Sebelum Tahun Baru
  4. Pilih kaedah bayaran dan klik BAYAR MELALUI _____(pilihan anda)
    Cara Kira Kadar Zakat Pendapatan 2020 yang Perlu Dibayar. Jangan Lupa Bayar Sebelum Tahun Baru

Siap! Resit pembayaran akan dihantar terus kepada anda melalui email yang dinyatakan. Dengan kemudahan secara atas talian yang disediakan ini, apa lagi alasan anda untuk tidak menunaikan zakat?

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma