“Pilih & Pulang”: Bantuan Persekolahan Sehingga RM400. Beli Kelengkapan Sekolah Tanpa Perlu Bayar
Mulai hari ini, seramai 27, 246 pelajar daripada keluarga asnaf boleh membeli tanpa perlu membayar pakaian dan peralatan persekolahan bagi sesi persekolahan tahun 2021.
MAIWP mulai tahun ini memudahkan keluarga asnaf untuk mendapatkan kelengkapan persekolahan. Anda hanya perlu buat semakan penerima di laman yang disediakan dan buat tebusan di lokasi yang ditetapkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut penebusan Kasih Asnaf Back To School “Pilih dan Pulang”.
Isi Kandungan
KASIH ASNAF BACK TO SCHOOL “PILIH & PULANG”
Melalui bantuan ini, keluarga asnaf yang layak hanya perlu:
- Hadir ke mana-mana 46 buah pasaraya/ kedai terpilih di sekitar Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
- Pilih barangan yang diperlukan berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh MAIWP mengikut kadar yang ditetapkan.
- Pulang dengan hati gembira tanpa perlu membuat bayaran
MAKLUMAT PENEBUSAN BANTUAN
“Pembelian tanpa perlu pembayaran” atau dengan kata lain proses penebusan boleh dibuat:
- Tarikh penebusan: Mulai 23 Disember 2020 sehingga 30 April 2021.
- Masa penebusan: Mengikut waktu operasi kedai/pasaraya
- Bilangan Kedai/ Pasaraya untuk penebusan: 46 buah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
KAEDAH PENEBUSAN
Berikut adalah kaedah penebusan bantuan melalui lokasi terpilih:
- Memilih lokasi penebusan berhampiran tempat tinggal
- Membawa MyKad/ MyKid/ Surat Beranak atau Kad Asnaf yang diberikan (jika tiada myKad/myKid/surat beranak)
- Hendaklah memilih kelengkapan persekolahan mengikut kategori pelajar dan kadar bantuan yang telah ditetapkan
- Hendaklah membuat penebusan atas barangan wajib dahulu sebelum menebus barangan pilihan
- Pembelian melebihi kadar bantuan adalah tanggungjawab ibubapa/ pelajar sendiri
SEMAKAN PENERIMA
Seramai 27, 246 pelajar daripada keluarga asnaf adalah layak menerima bantuan persekolahan yang ditawarkan ini. Anda boleh buat semakan sama ada anda layak untuk terima atau tidak melalui pautan berikut:
KADAR BANTUAN DAN BARANGAN PENEBUSAN
Kadar bantuan akan diberikan mengikut kategori dan jenis sekolah penerima. Semak kadar bantuan beserta barangan wajib & pilihan yang boleh ditebus oleh penerima di sini:
LOKASI PENEBUSAN
Penebusan bantuan hanya boleh dibuat di lokasi-lokasi berikut:
- Kuala Lumpur: 011- 62542728/ 011 – 5920909476/ 011 633 41373
- Labuan: 011 – 594 96216
- Putrajaya: 013 – 851 3066 / 08 7419594/ 08 7419716