Bayar Zakat Melalui Shopee Dengan Mudah. Pembayar Zakat Akan Dapat Ganjaran
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) memperkenalkan medium baharu bagi pembayaran zakat iaitu melalui aplikasi Shopee. Lebih mudahlah untuk umat Islam di negeri Perak melaksanakan tanggungjawab pembayaran zakat selepas ini!
Pelantikan medium bayaran zakat melalui platform e-dagang Shopee ini seiring dengan perkembangan terkini yang mana masyarakat semakin memilih transaksi bayaran dan pembelian dalam talian yang lebih mudah dan cepat.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kaedah pembayaran zakat melalui Shopee.
Isi Kandungan
PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI SHOPEE
MAIPk sentiasa komited memperkasakan khidmat pelanggan bagi memudahkan pembayaran zakat dan dalam tempoh negara lagi terhad pergerakan akibat pandemik Covid-19, transaksi dalam talian adalah pilihan yang lebih selamat.
Orang ramai terutamanya umat Islam di Perak boleh membayar zakat menerusi aplikasi Shopee mulai:
- 18 Disember 2020
CARA BUAT BAYARAN ZAKAT MELALUI SHOPEE
Pembayaran kaedah itu boleh digunakan mulai Jumaat ini melalui:
- Dompet mudah alih ShoopePay
- Kad debit
- Perbankan dalam talian
- Pembayaran secara tunai di kaunter 7-Eleven
Bayaran berkenaan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah mudah melalui ‘Deals, Top ups & Bills’ dalam aplikasi Shopee.
TAWARAN MENARIK BUAT PEMBAYAR ZAKAT
Bagi merancakkan kempen bayaran zakat, Shopee juga akan menawarkan ganjaran berikut:
- 200 syiling shopee kepada 1,000 pembayar zakat terawal yang kan dipilih setiap hari bermula pada 22 Disember hingga 31 Disember ini.
Kerjasama ini akan memberi kemudahan kepada ramai pengguna Shopee yang beragama Islam untuk melaksanakan ibadah zakat. Hasil kutipan zakat ini seterusnya akan diagihkan dan memanfaatkan golongan asnaf.
Baca: Dah Dapat Dividen, Sila bayar Zakat! Ini Cara Kira Zakat ASB