Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 KPM Sesi 2022/2023 Secara Online
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini telah menetapkan tarikh permohonan pendaftaran murid tahun 1 sesi persekolahan 2022/2023. Ibu bapa diminta ambil maklum dengan tarikh pendaftaran tahun 1 2022/2023 yang ditetapkan.
Ibu bapa yang mempunyai anak-anak kelahiran tahun 2015 hingga 2016 boleh buat permohonan pendaftaran sekolah tahun 1 di seluruh Malaysia pada tarikh yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan membuat permohonan pendaftaran tahun 1 sesi 2022/2023 dan tarikh pendaftaran tahun 1.
Isi Kandungan
TARIKH PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2022/2023
Tarikh permohonan pendaftaran sekolah murid tahun 1 bagi ambilan 2022 dan 2023 akan dibuka pada tarikh berikut
- Tarikh Pendaftaran Murid Tahun 1 2022/2023: 1 Mac 2021
SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 2022/2023
Murid yang layak didaftarkan tahun 1 sesi persekolahan 2022/23 adalah warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut:
- Untuk kemasukan ke sesi persekolahan tahun 2022:
-Tarikh lahir: 2 Januari 2015 sehingga 1 Januari 2016 - Untuk kemasukan ke sesi persekolahan tahun 2023:
– Tarikh lahir: 2 Januari 2016 sehingga 1 Januari 2017
PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2022/2023
Pendaftaran tahun 1 sesi persekolahan 2022/2023 dibuka untuk permohonan seluruh Malaysia termasuk Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Permohonan pendaftaran murid tahun 1 sesi 2022/2023 boleh dibuat secara online melalui pautan berikut mulai 1 Mac 2021:
Cetak segala borang yang telah siap diisi dan sediakan bersama dokumen yang diperlukan untuk kemasukan ke sekolah yang dipohon.
DOKUMEN PENDAFTARAN TAHUN 1 2022/2023
Berikut adalah senarai dokumen sokongan yang diperlukan untuk membuat pendaftaran sekolah tahun 1:
- Sijil lahir anak (salinan + asal)
- Kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
- Surat nikah / cerai (salinan + asal)
- Bil yang mempunyai alamat tempat tinggal anda
- Sampul surat standard dan setem
- Laporan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
CARA DAFTAR PERSEKOLAHAN MURID TAHUN 1 SESI 2022/2023 KPM
KPM telah memperkenalkan Perkhidmatan Dalam Talian iaitu sistem SPS (Modul Pengurusan Murid) bagi memudahkan permohonan pendaftaran murid tahun 1 2022/2023, semakan kehadiran dan mengemaskini profil anak tanpa perlu mengisi borang manual.
Berikut adalah cara membuat permohonan pendaftaran sekolah murid tahun 1 sesi 2022/2023 KPM:
- Pergi ke pautan https://public.moe.gov.my/
- Klik butang Pengguna Baru untuk daftar pengguna
- Isikan maklumat yang diminta
- Setelah berjaya daftar masuk, klik pada TAHUN 1
- Pilih Permohonan Baharu
- Masukkan nombor MyKid anak sebagai ID pengenalan murid untuk pengesahan
- isikan:
a) Maklumat murid
b) Maklumat kesihatan
c) Maklumat penjaga - Setelah selesai, klik butang Simpan dan Seterusnya
- Untuk kemaskini permohonan sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan
- Dah selesai dan semak maklumat yang didaftarkan, pergi ke Perakuan
- Klik Peraku Benar dan Hantar untuk hantar permohonan
- Status permohonan pendaftaran murid tahun 1 akan dipaparkan
- Cetak surat permohonan pendaftaran murid tahun 1 untuk rujukan
Dapatkan panduan penuh pendaftaran murid tahun 1 sesi 2022/2023 KPM secara online di bawah: