LPNM Sedia 6 Kategori Rumah Mampu Milik Melaka Buat B40, M40 & Belia. Ini Cara Mohon
Sekiranya anda merupakan rakyat Negeri Melaka yang sudah menyimpan hasrat untuk memiliki rumah sendiri, jangan lepaskan peluang ini! Lembaga Perumahan Negeri Melaka (LPNM) menyediakan 6 kategori Rumah Mampu Milik buat anda!
Rumah Mampu Milik di Melaka disediakan khas terutamanya untuk golongan B40 dan belia berpendapatan rendah untuk mendapatkan rumah dengan harga yang sangat murah dan berbaloi untuk dimiliki.
Sekiranya anda berminat untuk memiliki rumah, lihat 6 kategori rumah yang disediakan oleh LPNM beserta syarat dan kaedah permohonan di bawah.
Isi Kandungan
6 KATEGORI RUMAH MAMPU MILIK
Terdapat 6 kategori rumah untuk pilihan golongan B40 dan belia memiliki rumah di Melaka:
- Rumah PPR
- Rumah Kos Rendah
- Rumah Kos Sederhana Rendah
- Rumah Mampu Milik
- Rumah Belia
- Rumah Berkat
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan memiliki Rumah Mampu Milik mengikut kategori rumah:
Rumah PPR
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah
- Tidak pernah memiliki rumah
- Berumur 20 tahun ke atas
Rumah Kos Rendah
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah
- Tidak pernah memiliki rumah
- Berumur 20 tahun ke atas
Rumah Kos Sederhana Rendah
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM6,000 sebulan
- Berumur 20 tahun ke atas
Rumah Mampu Milik
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan isi rumah RM8,000 dan ke bawah
- Berumur 20 tahun ke atas
Rumah Belia
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan isi rumah RM8,000 dan ke bawah
- Berumur 18 hingga 35 tahun
Rumah Berkat
- Warganegara Malaysia
- Berkahwin
- Pemohon berusia 21 hingga 35 tahun
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri
- Pemohon bekerja di Melaka
- Pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
- Tempoh penyewaan hanya 3 tahun
- Tiada rekod jenayah
DOKUMEN SOKONGAN
Berikut adalah senarai dokumen sokongan yang diperlukan bagi membuat permohonan mana-mana kategori Rumah Mampu Milik yang disenaraikan di atas:
- Gambar berukuran pasport
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan pasangan (Suami dan Isteri)
- Salinan sijil nikah atau surat pendaftaran perkahwinan (jika berkenaan)
- Sijil cerai atau sijil kematian (jika berkenaan)
- Slip haji terkini atau surat akuan pendapatan yang disahkan benar oleh majikan/ MPKK (Suami dan Isteri)
- Bayaran proses RM5
- Salinan surat beranak bagi pemohon yang berasal dari Sarawak & Sabah
CARA MEMOHON
Sekiranya anda berminta untuk memohon mana-mana Rumah Mampu Milik Melaka LPNM yang ditawarkan, anda boleh mohon melalui 2 kaedah iaitu:
Permohonan Manual
Dapatkan borang permohonan di salah satu saluran berikut:
- Pejabat Lembaga Perumahan Melaka; ATAU
- Kaunter LPM di UTC
- Muat turun dari laman web: https://lpnm.gov.my/
Borang yang lengkap bersama dokumen sokongan mestilah diserahkan kepada Pejabat Lembaga Perumahan Melaka.
Permohonan Online
Permohonan Rumah Mampu Milik Melaka boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:
Sekiranya anda belum pernah mendaftar, klik Daftar Pengguna untuk buat akaun baharu. Setelah pendaftaran selesai, lengkapkan maklumat permohonan kategori rumah yang anda mahu sesuai dengan kelayakan. Hantar permohonan seperti yang ditetapkan.
Dapatkan senarai projek penuh di sini:
Untuk maklumat lanjut berkaitan Rumah Mampu Milik Melaka yang ditawarkan, anda boleh terus ke Pejabat Lembaga Perumahan Melaka di alamat berikut:
Pejabat Lembaga Perumahan Melaka
- No. 9 Jalan TU 49A,
Kompleks Komersial Boulevard,
Taman Tasik Utama,
75450 Ayer Keroh - Tel: 606 2320450
Pejabat Lembaga Perumahan Melaka Cawangan UTC
- Aras 5, Bangunan UTC Melaka,
Jalan Hang Tuah,
Melaka - Tel: 606 – 3333333