Bank Rakyat Biz Lady: Mohon Pembiayaan Khas Usahawan Mikro & PKS Wanita Sehingga RM300,000
Bagi menangani isu semasa yang kini sedang melanda rata-rata penduduk di dunia, Bank Rakyat mengambil sikap pro-aktif dengan memperkenalkan Kempen Bank Rakyat Cares yang menawarkan kadar keuntungan istimewa bagi ansuran pembiayaan dan kadar keuntungan yang rendah bagi pelanggan yang melakukan transaksi pengeluaran tunai melalui Kad Kredit-i Bank Rakyat.
Melalui Bank Rakyat Cares, Program Biz Lady diperkenalkan khas untuk membantu usahawan mikro dan PKS dari golongan wanita dari segi pakej pembiayaan yang ditawarkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Bank Rakyat Biz Lady.
Isi Kandungan
BANK RAKYAT BIZ LADY
Bank Rakyat Cares Biz Lady merupakan program khas untuk wanita bagi membantu pelanggan Mikro, perindustrian Kecil Sederhana (PKS) dan Koperasi yang terjejas oleh wabak Covid-19 dalam membantu mengurangkan masalah aliran tunai jangka pendek dan mengekalkan kelangsungan perniagaan.
Bank Rakyat menawarkan pembiayaan khas sehingga RM300,000 untuk membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan koperasi.
Ia turut menawarkan RM50,000 untuk pembiayaan mikro bagi tempoh 69 bulan dengan penangguhan bayaran pembiayaan selama sembilan bulan
Baca juga: Qaseh Biz-i Bank Rakyat: Mohon pakej Pembiayaan Sehingga RM3juta Buat Usahawan Wanita
MAKLUMAT PEMBIAYAAN
Perusahaan Mikro
- Had pembiayaan minimum RM1,000 sehingga RM50,000
- Tempoh pembiayaan sehingga 5.75 tahun (69 bulan)
- Kadar keuntungan, kadar tetap sehingga 9.5% setahun
- Bayaran ansuran:
– 1 hingga 9 bulan pertama: Tidak perlu bayar ansuran bulanan
– 10 bulan ke atas: Ansuran bulanan seperti biasa
Perusahaan Kecil Sederhana (PKS/ Koperasi)
- Had pembiayaan minimum RM20,000 sehingga RM300,000
- Tempoh pembiayaan sehingga 5.75 tahun (69 bulan)
- Kadar keuntungan sehingga KAP + 0% setahun
- Bayaran ansuran:
– 1 hingga 9 bulan pertama: Tidak perlu bayar ansuran bulanan
– 10 bulan ke atas: Ansuran bulanan seperti biasa
SYARAT KELAYAKAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja layak untuk memohon:
- Syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa tempatan.
- Perniagaan yang telah beroperasi selama sekurang-kurangnya 2 tahun.
- Untuk PKS, keuntungan sebelum cukai sekurang-kurangnya 1 dari 2 tahun dan mempunyai Dana Pemegang Saham yang positif.
- Untuk Mikro, penyerahan penyata bank 6 bulan untuk penilaian selanjutnya.
- Tiada rekod buruk terhadap CTOS dan CCRIS (memuaskan) mengenai syarikat dan pengarah (sebelum COVID-19 – sehingga Disember 2019).
- Sebarang bukti dokumentari lain yang diperlukan oleh Bank Rakyat.
CARA MOHON
Program pembiayaan khas Bank Rakyat Cares ini berlangsung dari 23 Mac 2020 sehingga 31 Disember 2020. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pembiayaan yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan sekarang di pautan berikut:
Anda boleh mengunjungi cawangan Bank Rakyat yang berdekatan atau hubungi pusat panggilan tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454 serta layari laman sesawang www.bankrakyat.com.my untuk maklumat lanjut.