Qaseh Biz-i Bank Rakyat: Mohon Pakej Pembiayaan Sehingga RM3juta Buat Usahawan Wanita

BY Cikgu Shaari // 10.12.2020 // 2 min baca

Qaseh Biz-i Bank Rakyat: Mohon Pakej Pembiayaan Sehingga RM3juta Buat Usahawan Wanita
VISUAL.ARCHIVE // 2020

Berita baik buat usahawan wanita yang ingin terus berkembang dalam bidang perniagaan! Bank Rakyat kini menawarkan pakej pembiayaan khusus untuk usahawan wanita melalui Qaseh Biz-i.

Qaseh Biz-i menawarkan pakej pembiayaan sehingga RM3 juta bagi membantu para usahawan wanita memperkasakan bidang perniagaan mereka. Dengan Qaseh Biz-i, kini tiada alasan lagi untuk usahawan wanita untuk terus bergerak ke hadapan tambahan pada tempoh gentir pandemik Covid-19 ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Qaseh-Biz Bank Rakyat.

QASEH BIZ-I BANK RAKYAT

Qaseh Biz-i Bank Rakyat merupakan satu pembiayaan yang disediakan khas untuk usahawan wanita dengan matlamat untuk:

  • Membantu usahawan wanita meluaskan perniagaan
  • Membantu membangunkan semula perniagaan yang jatuh akibat tempoh mencabar Covid-19
  • Memberi peluang usahawan wanita untuk terus maju dalam bidang perniagaan

CIRI-CIRI QASEH BIZ-i BANK RAKYAT

Antara ciri-ciri pembiayaan Qaseh Biz-i yang disediakan oleh Bank Rakyat adalah:

  • Pakej pembiayaan istimewa untuk usahawan wanita
  • Tempoh pembiayaan sehingga 7 tahun
  • Jumlah pembiayaan sehingga RM3 juta
  • Jaminan pembiayaan sehingga 80% oleh SJPP
  • Fi jaminan serendah 0.75 setahun

*Tertakluk Terma & Syarat

KEMUDAHAN TAMBAHAN & PERKHIDMATAN

Melalui Qaseh Biz-i, pelanggan juga layak untuk mendapatkan kemudahan tambahan produk dan perkhidmatan berikut:

  • Takaful Amani Plus Plac C (Kemalangan Diri)
  • eCA-i (Akaun Semasa i-Elektronik)
  • ibizRAKYAT (Sistem pengurusan tunai)
  • Dilantik sebagai rakan dagang Bank Rakyat dan menerima satu alat Terminal Pembayaran Kad (POS)

CARA MOHON PEMBIAYAAN QASEH BIZ-i

Sekiranya anda merupakan usahawan wanita yang berminat untuk mendapatkan pembiayaan Qaseh Biz-i, anda boleh buat permohonan pembiayaan Qaseh Biz-i dengan:

  • Hadir ke kaunter Bank Rakyat dan nyatakan anda ingin buat permohonan Qaseh Biz-i
  • Lengkapkan borang yang diberikan kepada anda

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai skim pembiayaan Qaseh Biz-i, anda boleh hubungi Bank Rakyat melalui saluran berikut:

AUTHOR_PROFILE

Cikgu Shaari

Masa Tidak Menunggu Sesiapa.

JANGAN JADI
BIASA.