Tawaran Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan Universiti Malaya Sesi 2021/2022 Dibuka
Universiti Malaysia (UM) kini membuka tawaran kemasukan ke program pengajian Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) Sesi 2021/2020.
Lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi dan setaraf yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda dalam bidang perubatan boleh mendaftar untuk duduki ujian BMAT (Malaysia) sebelum melanjutkan pengajian.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut ujian BMAT (Malaysia) untuk kemasukan ke UM.
Isi Kandungan
MAKLUMAT UJIAN
Tawaran adalah terbuka bagi sesi pengambilan 2021/2022 seperti berikut:
- Tarikh ujian: 20 Februari 2020
- Kaedah ujian: Secara atas talian (online)
- Bayaran:
= RM250 (warganegara)
= RM650 (bukan warganegara)
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan dengan kelayakan seperti berikut adalah dijemput memohon untuk BMAT (Malaysia):
- Akan menduduki STPM pada tahun 2021
- Sedang mengikuti semester akhir di institusi berikut:
a) Matrikulasi BMKPM
b) Asasi UM
c) Asasi UiTM
d) International
e) Baccalaureate (IB) - Sekurang-kurangnya Grade A- dalam SPM dalam mata pelajaran berikut:
– Biologi
– Kimia
– Fizik
– Matematik/ Matematik Tambahan
– Bahasa Inggeris
MAKLUMAT AM
- Hanya calon yang memperolehi keputusan yang baik dalam ujian BMAT (Malaysia) serta memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas kemasukan ke program MBBS seperti dinyatakan di dalam www.um.edu.my akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga ke program berkenaan
- Permohonan daripada pelajar berdaftar universiti awam, program asasi kolej swasta dan program asasi feeder (Asasi PINTAR UKM, UIAM, Tahmidi USIM, UMS, UNIMAS, UPM, UPNM, UNISZA atau UUM) tidak akan dipertimbangkan bagi saluran UPU
- Subsidi bayaran balik RM100 akan diberikan kepada calon B40 dengan memohon di www.medicine.um.edu.my/bmat tertakluk kepada kelulusan Fakulti
PROSEDUR PERMOHONAN
Sekiranya anda berminat untuk menduduki BMAT (Malaysia) dan mohon program pengajian yang ditawarkan, anda boleh daftar sekarang sehingga 21 Januari 2021 (Khamis). Klik pautan berikut untuk daftar:
Masukkan alamat email anda yang aktif dan nombor kad pengenalan anda. Klik Continue. Satu email dan link pengesahan akan dihantar ke alamat email anda.
Untuk maklumat lanjut berkaitan ujian BMAT (Malaysia) dan program pengajian yang ditawarkan, anda boleh rujuk di laman https://medicine.um.edu.