Permohonan Biasiswa Pengajian Sultan Iskandar Sehingga RM11,000 Setahun Kini Dibuka
Tawaran Biasiswa Sultan Iskandar kini dibuka buat pelajar yang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di UTM atau UTHM. Pelajar yang belum menerima sebarang biasiswa atau pinjaman adalah dipelawa untuk memohon.
Pelajar yang berkelayakan akan mendapat nilai anugerah untuk elaun pengajian. Yuran pengajian akan ditanggung oleh Yayasan.
Semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan biasiswa di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
NILAI ANUGERAH
Nilai anugerah adalah sebanyak RM11,000 setahun merangkumi:
- Elaun sara hidup
- Yuran pengajian
- Elaun tesis
Suatu jaminan akan dikenakan ke atas biasiswa ini di mana penerima dikehendaki berkhidmat selama 5 tahun dengan Jabatan Kerajaan atau Syarikat swasta dalam Malaysia.
BIDANG PENGAJIAN
Permohonan biasiswa ini adalah terbuka kepada pelajar UTM dan UTHM dari bidang pengajian berikut:
- Kejuruteraan
- Seni Bina
- Sains Komputer
SYARAT KELAYAKAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Dilahirkan di Johor atau ibu/bapa anak negeri Johor
- Lulus dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setaraf, dengan mendapat sekurang-kurangnya 2A dalam matapelajaran Sains atau Matematik; ATAU
- Mendapat PNGK 3.50 dan ke atas bagi pelajar-pelajar kemasukan terus daripada pusat-pusat Matrikulasi; ATAU
- Mempunyai Diploma dengan kelulusan PNGK 3.50 dan ke atas
- Mengikuti kursus Tahun Pertama di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di UTM/UTHM
- Belum menerima sebarang tawaran biasiswa atau pinjaman
CARA MEMOHON
Borang permohonan biasiswa boleh dimuat turun di bawah. Hanya mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan seperti di atas sahaja layak memohon. Borang yang telah lengkap diisi perlu dikembalikan sebelum atau pada 20 Disember 2020 ke alamat berikut:
- The Executive Secretary,
Yayasan Sultan Iskandar Johor,
Rumah Johor, JKR 1255,
Jalan Carruthers,
Bukit Tunku 50480 Kuala Lumpur
Calon-calon yang terpilih sahaja akan dimaklumkan untuk menjalani sesi temuduga. Permohonan yang lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan.
Klik butang di bawah untuk muat turun borang permohonan: