Selesaikan Masalah Laptop “Lag” Dengan Mudah. Tak Perlu Hantar Kedai Pun
Masalah yang biasa dihadapi oleh pengguna laptop tidak kira pelajar atau pekerja adalah lagging. Lag bermaksud prestasi komputer menjadi sangat lembab dan perlahan sehingga mengganggu kerja kita.
Selalunya laptop lag berlaku disebabkan beberapa faktor iaitu faktor usia, dalaman dan keadaannya. Bagi masalah laptop lag ini tidak semestinya anda perlu bawa ke kedai untuk selesaikannya.
Anda sebenarnya boleh cuba selesaikan sendiri dengan beberapa langkah mudah sahaja.
Isi Kandungan
CARA SELESAIKAN MASALAH LAPTOP LAG
Langkah 1
- Tekan butang windows R, satu paparan seperti di bawah akan keluar.
- Type ‘temp‘ di ruangan yang disediakan dan tekan OK
- Akan buka file temp, select all (ctrl + A) dan delete
Langkah 2
- Sama seperti tadi, tetapi kali ini type ‘ %temp% ‘ di ruangan kosong
- Select all dan delete
Langkah 3
- Pergi This PC dan right click di Local Disk (C:)
- Tekan Properties
- Tekan Disk Cleanup
Langkah 4
- Pergi ke Recycle Bin dan delete semua fail dalam tu. Siap!
Baca: Senarai 100 ‘Software’ Percuma & Berguna Buat Pelajar Universiti Yang Ramai Tak Tahu
Selamat ke padam semua file dalam temp? Jawapannya adalah selamat! Kerana semua fail dalam temp adalah temporary files dalam hard drives kita. Fail itulah yang menyebabkan laptop kita menjadi berat walaupun sudah padam banyak benda.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Cara Download Pelbagai Software Percuma Dari 1 Website