Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Pemberian Geran Khas Prihatin Tambahan RM1,000 Buat Peniaga & Penjaja Di Sabah

Oleh Cikgu Shaari • November 30, 2020 • 2 min baca

Pemberian Geran Khas Prihatin Tambahan RM1,000 Buat Peniaga & Penjaja Di Sabah
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Negeri Sabah yang merupakan negeri yang paling teruk terjejas dengan pandemik Covid-19 tidak dilupakan dalam pembentangan penggulungan Belanjawan 2021.

Di bawah Strategi 2: Memperkukuh Sektor-sektor Tumpuan, kerajaan menyediakan Geran Khas Prihatin Tambahan untuk beberapa golongan yang terjejas di Sabah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemberian bantuan Geran Khas Tambahan negeri Sabah.

KADAR GERAN KHAS PRIHATIN TAMBAHAN

Geran Khas Prihatin Tambahan akan diberikan kepada beberapa golongan di negeri Sabah pada kadar berikut:

  • Kadar Geran Khas Tambahan Sabah: RM1000 setiap orang

GOLONGAN YANG LAYAK

Geran Khas Prihatin Tambahan Sabah RM1000 adalah mensasarkan golongan terjejas yang terdiri daripada:

  • Peniaga dan penjaja
  • Pemandu teksi, e-hailing dan kereta sewa
  • Pemandu pelancong di Sabah

Walaubagaimanapun, Geran Khas Prihatin Tambahan Sabah ini adalah salah satu intipati dalam Belanjawan 2021. Tawaran permohonan kepada golongan yang layak mungkin akan dibuka pada tahun hadapan. Tarikh permohonan masih belum diumumkan.

Sebarang maklumat lanjut akan menyusul apabila terdapat pemberitahuan baharu nanti.

SEMAKAN BANTUAN TUNAI PRIHATIN SABAH RM300

Rakyat negeri Sabah kini boleh menyemak status kelayakan mereka bagi penerimaan Bantuan Tunai Prihatin Covid-19 yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sabah susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri tersebut.

Bantuan ini tidak melibatkan permohonan baharu kerana data penerima diambil daripada pelbagai kementerian. Anda hanya perlu buat semakan sama ada anda layak atau tidak menerima bantuan tunai berjumlah RM300 tersebut.

Klik pautan di bawah untuk semak kelayakan Bantuan Tunai Prihatin Covid-19 Sabah:

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.