Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Cara Buat Semakan Kelayakan Bantuan Tunai Prihatin Covid-19 Sabah RM300

Oleh Cikgu Shaari • November 25, 2020 • 2 min baca

Cara Buat Semakan Kelayakan Bantuan Tunai Prihatin Covid-19 Sabah RM300
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kerajaan Negeri Sabah pada 28 Oktober 2020 lalu telah mengumumkan pemberian Bantuan Tunai Prihatin Covid-19 berjumlah RM300 kepada rakyat Sabah. Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, bantuan ini akan memberikan manfaat kepada golongan sasar yang terkesan akibat Covid-19.

Golongan sasar tersebut meliputi mereka di dalam sektor pertanian, pelancongan, pengangkutan, anak yatim, ibu tunggal dan OKU.

Rakyat negeri Sabah kini boleh menyemak status kelayakan mereka bagi penerimaan Bantuan Tunai Prihatin Covid-19 yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sabah susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri tersebut.

PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN SABAH

Untuk makluman anda, bantuan ini tidak melibatkan permohonan baharu kerana data penerima diambil daripada pelbagai kementerian seperti:

  • Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
  • Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah
  • Kementerian Pertanian
  • Industri Makanan (MAFI)
  • Lain-lain agensi

Rakyat Sabah hanya perlu membuat semakan semula status kelayakan sama ada layak atau tidak menerima Bantuan Tunai Prihatin Covid-19 atau sebaliknya.

SEMAKAN BANTUAN TUNAI PRIHATIN COVID-19 SABAH

Berikut adalah langkah-langkah membuat semakan kelayakan Bantuan Tunai Prihatin Covid-19 Sabah:

  1. Klik pautan https://bantuan.covid19.sabah.gov.my
  2. Masukkan nombor kad pengenalan
  3. Tandakan pada kotak SAYA BUKAN ROBOT
  4. Klik butang SEMAK

Cara Buat Semakan Bantuan Tunai Prihatin Covid-19 Sabah RM300

Status bantuan akan dipaparkan. Pemohon yang layak akan menerima bayaran bantuan pada satu tarikh yang ditetapkan.

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, anda boleh hubungi kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah di talian 088 223 536/ 236/ 250.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.