Tarikh Bayaran Fasa Kedua BPN 2.0 Dibuat Bermula 21 Januari. Semak Kadar Bayaran
Bagi individu yang telah membuat permohonan baharu atau rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 lalu pasti sudah tidak sabar kan untuk tahu tarikh bayaran fasa kedua BPN 2.0?
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, seramai 10.6 juta rakyat akan mendapat bantuan tersebut dengan 7.5 juta penerima B40 dan 3.1 juta penerima M40.
Setakat ini, pembayaran Fasa Pertama sejumlah RM4.5 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih 9.89 juta. Ketahui tarikh bayaran fasa kedua BPN 2.0 bagi permohonan baharu dan rayuan di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
TARIKH BAYARAN FASA KEDUA BPN 2.0
Tarikh bayaran fasa kedua BPN 2.0 bagi penerima BPN, permohonan baharu dan rayuan adalah seperti berikut:
- Bayaran akan dibuat pada: 21 Januari 2021
Bagi penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian telah mula disediakan di cawangan Bank Simpanan Nasional mulai 26 Oktober 2020. Tempoh permohonan baharu serta rayuan BPN 2.0 telah berakhir pada 15 November 2020.
JUMLAH BAYARAN FASA KEDUA BPN 2.0 MENGIKUT KATEGORI
Bayaran Fasa Pertama BPN 2.0 – Oktober 2020
Bayaran BPN 2.0 dilakukan dalam 2 Fasa. Pemohon yang layak telah terima bayaran masing-masing bagi Fasa Pertama pada Oktober 2020 seperti berikut:
- Isi Rumah
B40 – RM700
M40 – RM400 - Bujang
B40 – RM350
M40 – RM200
Bayaran Fasa Kedua BPN 2.0 – Januari 2021
Bagi bayaran fasa kedua BPN 2.0 yang akan diterima pada Januari 2021, baki yang akan diterima mengikut kategori adalah seperti berikut:
- Isi Rumah
B40 – RM300
M40 – RM200 - Bujang
B40 – RM150
M40 – RM100
Berikut adalah jadual penuh jumlah bayaran BPN 2.0 fasa kedua dan fasa pertama:
JUMLAH BAYARAN BAGI RAYUAN DAN PERMOHONAN BAHARU
Untuk makluman anda, pemohon yang membuat rayuan dan permohonan baharu yang telah LULUS permohonan akan terima bayaran PENUH pada 21Januari 2021. Pemohon yang akan terima bayaran penuh ini adalah:
- Pemohon yang belum terima bayaran fasa pertama BPN 2.0
- Dibayar sekaligus pada Januari 2021
- LULUS dalam semakan permohonan BPN 2.0
Kadar bayaran penuh yang akan diterima adalah seperti berikut:
- Isi rumah B40 : RM1,000
- Bujang B40 : RM500
- Isi Rumah M40 : RM600
- Bujang M40 : RM300
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan tarikh bayaran fasa kedua BPN 2.0 bagi permohonan baharu dan rayuan, anda boleh terus ke cawangan LHDN berdekatan.