Perkara Yang Dibenarkan & Tidak Dibenarkan Di Kawasan PKP, PKPB & PKPP Yang Ramai Keliru

Masih keliru dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan baru-baru ini? Jangan risau, anda boleh dapatkan dan rujuk SOP pelaksanaan PKP yang disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Merujuk daripada SOP yang dikeluarkan, ada beberapa perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan mengikut kawasan PKP, PKPB dan PKPP. Pelaksanaan adalah berbeza mengikut kawasan.

Oleh itu, anda boleh rujuk perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan setiap kawasan di perkongsian bawah

PERKARA YANG DIBENARKAN & TIDAK DIBENARKAN

Pergerakan Rentas Negeri & Daerah

Pergerakan rentas negeri adalah TIDAK DIBENARKAN bagi SELURUH NEGARA iaitu melibatkan kawasan PKP, PKPB dan PKPP.

Manakala pergerakan rentas daerah adalah TIDAK DIBENARKAN bagi kawasan PKP sahaja. Kawasan PKPB dan PKPP dibenarkan merentasi daerah dalam negeri.

Had penumpang adalah terhad kepada 2 orang sahaja di kawasan PKP manakala tiada had di kawasan PKPB dan PKPP.

Baca: Download Borang Kebenaran Rentas Negeri: Ini Cara Membuat Permohonan

Perkara Yang Dibenarkan & Tidak Dibenarkan Di Kawasan PKP, PKPB & PKPP Yang Ramai Keliru

Penganjuran Majlis Keramaian

Penganjuran majlis keramaian adalah melibatkan penganjuran majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan dan swasta serta majlis sosial. Majlis sosial termasuklah kenduri kendara, majlis perkahwinan, majlis pertunangan, resepsi, majlis aqiqah dan lain-lain.

Penganjuran majlis keramaian adalah TIDAK DIBENARKAN di kawasan PKP dan PKPB. Manakala DIBENARKAN di kawasan PKPP mengikut SOP Pelaksanaan Majlis Kerajaan & Swasta dan SOP Pelaksanaan Majlis Sosial.

Perkara Yang Dibenarkan & Tidak Dibenarkan Di Kawasan PKP, PKPB & PKPP Yang Ramai Keliru

Pengoperasian Sekolah & Institusi Pendidikan

Pengoperasian dan kaedah pembelajaran di sekolah dan institusi pendidikan adalah berbeza di kawasan PKP, PKPB dan PKPP. Anda boleh rujuk kaedah pembelajaran yang ditetapkan di bawah:

Rujuk: Kaedah Pembelajaran Sekolah & Institusi Pendidikan Di Kawasan PKP, PKPB & PKPP

Perkara Yang Dibenarkan & Tidak Dibenarkan Di Kawasan PKP, PKPB & PKPP Yang Ramai Keliru

Aktiviti Riadah Di Luar Rumah

Nak joging atau beriadah di luar rumah? Untuk makluman anda, aktiviti joging atau beriadah dibenarkan dalam kumpulan tidak melebihi 2 orang hanya di dalam kawasan kejiranan sahaja. Aktiviti mestilah dilakukan bersama ahli keluarga sahaja.

Perkara Yang Dibenarkan & Tidak Dibenarkan Di Kawasan PKP, PKPB & PKPP Yang Ramai Keliru

SOP AM PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Rujuk SOP Am PKP yang terkini di bawah sebagai rujukan anda:

Sumber

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma