Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Rekod CCRIS Tak Elok? Ini Cara Bersihkan Nama Dari CCRIS Untuk Mudah Lulus Loan

Oleh Cikgu Shaari • December 19, 2022 • 2 min baca

Rekod CCRIS Tak Elok? Ini Cara Bersihkan Nama Dari CCRIS Untuk Mudah Lulus Loan
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Antara salah satu perkara yang menjadi kebimbangan semua orang dalam membuat permohonan pinjaman adalah nama kena blacklist. Seperti yang kita tahu, individu yang disenarai hitamkan (blacklist) akan gagal untuk membuat sebarang pinjaman daripada perbankan dan institusi kewangan lain.

CCRIS dan CTOS adalah antara dua platform untuk mengetahui rekod blacklist seseorang yang sering menjadi rujukan oleh perbankan dan institusi kewangan. Macam mana nak lulus pinjaman jika nama tidak bersih?

Ikuti perkongsian di bawah untuk bersihkan nama anda dengan rekod CCRIS yang baik.

3 CARA BERSIHKAN REKOD CCRIS

1 Jelaskan Pembayaran Mengikut Masa Yang Ditetapkan

Sekiranya anda ada buat pinjaman sebelum ini seperti pinjaman kereta, kad kredit, PTPTN atau sebagainya, sila jelaskan setiap hutang tersebut mengikut masa yang ditetapkan setiap bulan. Nak lebih cantik, jangan terlewat walaupun sehari.

Contohnya pembayaran pada 13 November. Anda perlu jelaskan pada tarikh atau bulan tersebut dan bukan pada bulan berikutnya. Jika anda tak bayar pada tarikh yang ditetapkan, rekod CCRIS anda akan mencacatkan tunggakan yang boleh menyebabkan rekod anda tidak cantik.

2 Bayar Pinjaman Dengan Jumlah Yang Ditetapkan

Nak kekalkan rekod yang cantik, jangan sesekali bayar kurang daripada jumlah yang ditetapkan. Jangan bayar sesuka hati seperti yang anda mahu. Jika bayar lebih lagi bagus. Namun katakan bulan ini pendapatan anda kurang dan tak mampu bayar penuh, pastikan anda ‘cover’ balik jumlah yang tak cukup itu pada bulan berikutnya.

3 Kurangkan Membuat Hutang

Jika anda rasa pendapatan anda tidak mampu menampung terlalu banyak hutang, jangan tambahkan hutang sedia ada. Buat kira-kira balik komitmen bulanan anda dan lihat sejauh mana anda mampu buat pinjaman. Bila dah hutang terlalu banyak nanti pasti akan ada tunggakan.

SEMAK REKOD CCRIS SECARA ONLINE

Macam mana nak tahu rekod CCRIS anda bersih atau tidak? Sebenarnya anda boleh semak secara online, tak perlu pergi ke BNM pun! Klik pautan berikut untuk semak rekod CCRIS anda:

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.