Belanjawan 2021 Lindungi OKU & Warga Emas, Ini Senarai Bantuan Yang Perlu Anda Tahu

Dalam pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat lepas, kerajaan tidak melupakan golongan rentan (kumpulan mudah jatuh sakit) iaitu OKU dan warga emas. Pelbagai manfaat disediakan buat golongan ini termasuk menaikkan kadar beberapa bantuan bulanan.

Bantuan-bantuan yang diberikan ini adalah dengan harapan untuk melindungi dan meringankan beban golongan yang tidak berkemampuan ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai bantuan buat golongan warga emas dan OKU.

Baca juga: Belanjawan 2021: Ini Senarai Peruntukan Bantuan Untuk Golongan B40 Dan M40

BANTUAN UNTUK WARGA EMAS

Bantuan Khas Kewangan Bersasar

  • RM300 one off untuk pesara kerajaan
  • RM300 one-off untuk penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara
  • RM500 kepada para imam, Bilal, Siak, Noja Merbut, Guru Takmir, Guru Kafa
  • RM300 sebulan bagi Elaun Sara Hidup Nelayan

Bantuan Kebajikan Warga Emas

Program Khidmat Bantu Di Rumah

  • RM400 saguhati maksimum untuk sukarelawan dan RM80 untuk klien bagi perkhidmatan penjagaan warga emas di rumah

Inisiatif Tidak Langsung

  • Potongan cukai tambahan untuk majikan yang menggaji warga emas dilanjutkan sehingga 2025
  • 50,000 Bantuan Kewangan Tahunan untuk pengoperasian Pusat Aktiviti Warga Emas kendalian NGO
  • Had pelepasan cukai bagi rawatan perubatan keperluan khas dan penjagaan ibu bapa dinaikkan dari RM5000 kepada RM8000

Program Jaringan Prihatin

Belanjawan 2021 Lindungi OKU & Warga Emas, Ini Senarai Bantuan Yang Perlu Anda Tahu

BANTUAN UNTUK GOLONGAN OKU

Bantuan Bulanan OKU Tidak Berupaya Bekerja

  • Komitmen RM250 meningkat kepada RM300 sebulan untuk OKU yang tidak mampu bekerja

Kadar Elaun Pekerja OKU

  • RM400 meningkat kepada RM450 untuk OKU yang bekerja

Program Khidmat Bantu Di Rumah

  • RM400 saguhati maksimum untuk sukarelawan dan RM80 untuk klien perkhidmatan bantu di rumah

Memperkasa Pendidikan Khas

  • RM45 juta diperuntukkan

RM5 Pas Tanpa Had

  • Pas tanpa had bulanan RM5 buat golongan OKU dan pelajar

Bantuan Penjagaan OKU

  • Bantuan penjagaan OKU meningkat daripada RM350 kepada RM500

Pelepasan Cukai Pasangan OKU

  • Pelepasan cukai bagi pasangan OKU meningkat daripada RM3500 kepada RM5000

Inisiatif Pengambilan Pekerja OKU – PenjanaKerjaya

  • 60% insentif kepada majikan daripada gaji bulanan setiap OKU yang diambil bekerja (maksimum RM4000)

Baca: Belanjawan 2021: Ini Senarai Peruntukan Bantuan Untuk Belia

Belanjawan 2021 Lindungi OKU & Warga Emas, Ini Senarai Bantuan Yang Perlu Anda Tahu

Sekian sahaja senarai peruntukan bantuan bagi golongan OKU dan warga emas seperti yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2021. Namun anda kena ingat bahawa pelaksanaan bantuan-bantuan ini akan mula memberi manfaat kepada rakyat bermula tahun hadapan.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma